Tuesday, April 10, 2012

Stacy dan Super Junior Ungguli Kategori Online





Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011,selain undian rasmi menerusi boring dan kiriman SMS,penganjur turut mengadakan kategori online bagi menyemarakkan lagi acara terbabit bersempenaan sambutan jubli perak anugerah ini.

Bagi undian secara online, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular, Artis Lelaki Anggun Bergaya, Artis Wanita Anggun Bergaya.

Dalam kategori Artis Asia Paling Popular,kumpulan terkenal Korea Selatan, Super Junior, dipilih peminat sebagai pemenang dengan  114,238 undi. Mereka Berjaya mengetepikan empat calon lain termasuk 2PM dan Maher Zain.

Kategori  Artis Lelaki Paling Popular pula dimenangi pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz, yang turut diangkat peminat sebagai Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular pada ABPBH kali ini. Pelakon itu mendapat 35,185 undi menewaskan empat calon hebat lain iaitu Faizal Tahir,Zizan,Johan dan Akim.

Bagi kategori wanita pula, penyanyi yang popular dengan lagu Kasanova, Stacy, muncul sebagai pemenang dengan undian sebanyak 73,987 menafikan peluang Ziana Zain, Lisa Surihani, Shila Amzah dan Nera.

Sementara itu, bagi kategori Artis Lelaki Anggun Bergaya, hero drama “Tentang Dhia” Berjaya memikat hati peminat dengan 13,842 undi. Saingan terdekatnya dalam kategori ini ialah Shahrizal Jaszle, Shaheizy Sam, Anuar Zain dan Awal Ashaari.

Bagi kategori wanita pula, peminat memilih Ziana Zain sebagai pemenang dengan 13,130 undi. Penyanyi “Madah Berhelah” yang juga dikenali sebagai pelakon itu Berjaya menewaskan saingan hebat daripada Nur Fazura, Erra Fazira, Nora Danish dan Yuna.

Dijalankan selama hamper 10 minggu bermula 13 Januari sehingga 13 Mac sebanyak 523,416 undian diterima daripada peminat dengan undian terbesar diterima bagi kategori Artis Asia Paling Popular iaitu sebanyak 172,789 undian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...