Tuesday, August 22, 2017
Lirik Lagu: Cakap Ke Tangan - Stacy
Butiran single ‘Cakap Ke Tangan’
Penyanyi : Stacy
Tajuk lagu : Cakap Ke Tangan
Komposer : Hang Nadim dan Laq
Penulis lirik : Hang Nadim
Pengedar : Nova Music Sdn Bhd & Rocketfuel Entertainment (Sub Publisher Warner Chappell Music Sdn Bhd)
Penerbit : Rocketfuel Entertainment
LIRIK
Verse 1
Itu Ini semua serba tak kena
Nampak aku yang bersalah
Kau macam Raja
Buka mata sampai tertutup mata
Asyik nak membebel selalu
Kau banyak mulut
Chorus
Cakap ke Tangan
Apa ingat ku suka
Cara dan perangai
Layaknya bercakap dengan tangan
Engkau fikir ku kisah
Bising lah kau sana
Silakan bercakap dengan tangan
Verse 2
Ting-Ting kuatnya tin kosong berbunyi
Kata engkau tak bermakna
Langsung tak bererti
Buka mata sampai tertutup mata
Asyik nak membebel selalu
Kau banyak mulut
Peduli kau sana
Chorus
Cakap ke Tangan
Apa ingat ku suka
Cara dan perangai
Layaknya bercakap dengan tangan
Monday, August 21, 2017
‘Cakap Ke Tangan’ Mesej Stacy Kepada Golongan Yang Selalu Cari Kekurangan Orang Lain
Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-6, Stacy Anam, kini tampil dengan sinlge terbaharu ‘Cakap Ke Tangan’ yang membawa mesej mendalam kepada segelintir masyarakat yang sering menilai kekurangan orang lain.
Sudah tentu ini merupakan kelainan daripada Stacy kerana sebelum ini bait-bait lirik menerusi lagu-lagu hits nyanyian Stacy lebih banyak menjurus tentang hal percintaan dan kekesalan dalam hubungan.
“Sepanjang karier bergelar anak seni, saya sudah lali dengan sepak terajang dunia hiburan serta pernah diuji dengan pelbagai pahit getir dan turut pernah mengalami tamparan hebat kecaman khalayak ramai terutamanya di laman media sosial.
“Menerusi single ini, saya ingin mengajak peminat untuk sentiasa berfikiran positif dan abaikan aura negatif yang akan mencelarukan kehidupan kita seharian.
“Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada peminat saya sendiri bahawa mereka perlu yakin dalam hidup dan tidak perlu takut dengan pandangan serong yang sering dilemparkan oleh segelintir masyarakat,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai kemunculan semula Stacy menerusi single ‘Cakap Ke Tangan’, penyanyi berusia 27 tahun ini memberitahu ia merupakan hadiah istimewa daripada suami tercinta.
“Saya gembira dengan nukilan lirik dan alunan muzik yang dihasilkan kerana menepati citarasa saya. Walaupun sudah lama tidak beraksi di atas pentas, saya masih Stacy yang sama seperti dahulu kerana nyanyian dan tarian adalah jiwa dan memberi kepuasan kepada saya.
“Selagi masih ada yang percaya kepada bakat dan mahukan saya untuk terus mewarnai industri dengan kebolehan yang ada, selagi itulah saya akan terus di sini menghiburkan semua.
Harapan saya agar single ini mendapat penerimaan yang baik buat semua. Saya turut mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia saya dari awal kemuculan saya dalam Akademi Fantasia sehinggalah sekarang,” ujarnya.
‘Cakap Ke Tangan’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akim Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pena Hang Nadim bersama Laq.
Sementara itu Ketua Muzik Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., Adam Lobo, berkata Stacy seorang penyanyi wanita yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi.
“Semangat dan etika kerja Stacy amat dihormati dan perlu dipuji kerana beliau tidak mudah putus asa dan sentiasa berkongsi idea-idea untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti agar mudah diterima peminat.
“Lagu ini membuatkan Stacy bukan sahaja berperanan sebagai seorang penghibur, malah jika diuntai barisan liriknya beliau mengajak peminat untuk menjadi seorang yang positif dan harus memiliki mental yang kuat untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan.
“Dengan adanya konsep muzik bertenaga dan ringkas ini, pihak pengurusan berharap agar para peminat muzik tanah air menggemari dan teruskan menyokong kerjaya seni Stacy.
“Rangka promosi single ‘Cakap ke Tangan’ akan dilaksanakan mulai bulan ini dan Stacy dijadualkan bakal memenuhi sesi temubual di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan,” katanya.
Single ‘Cakap Ke Tangan’ diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula hari ini.
Selain itu, muzik video lagu ‘Cakap Ke Tangan’ juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran Youtube ‘Rocketfuel Network’.
Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Credit: Astro Gempak
Friday, August 4, 2017
Stacy aktif semula selepas Aidilfitri
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy, 27, berhasrat kembali aktif dalam bidang seni selepas Aidilfitri.
Berehat sejak melahirkan cahaya mata sulung, Eshaal yang kini berusia tiga bulan, Stacy mula mengurangkan berat badan dan mendapatkan semula stamina.
Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengaku sedaya upaya cuba mendapatkan berat badan ideal.
"Harap impian saya untuk aktif menyanyi dapat dilaksanakan selepas Hari Raya. Cuma kalau boleh, saya ingin bertenaga menyanyi dan menari di pentas.
"Eshaal juga sudah tidak lagi menyusu badan. Ini memudahkan saya bergerak ke sana-sini. Alhamdulillah, suami juga tidak menghalang hajat saya untuk kembali bekerja," katanya kepada BH Online.
Pasangan kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Bella Deluna, 6, dan Eshaal.
Bercerita mengenai karenah Bella dan Eshaal, Stacy berkata:
"Alhamdulillah...Bella sangat sayangkan Eshaal sehingga tidak boleh berenggang. Paling terasa ketika Bella dimasukkan ke wad minggu lalu, air matanya bergenang kerana rindukan adiknya di rumah.
"Lucu juga kerana Bella begitu menyayangi adiknya sehingga dia kadang kala mengambil peranan sebagai ibu untuk menukar lampin Eshaal. Gelagat Bella menjaga adiknya memang boleh dijadikan bahan jenaka," katanya.
Wednesday, August 2, 2017
Stacy cabar diri nyanyi lagu ciptaan suami
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy memilih single baharu berjudul 'Cakap Ke Tangan' karya suaminya, Akim Ahmad, sebagai pertaruhan untuk kembali bergerak aktif dalam seni selepas Aidilfitri nanti.
Stacy, 26, atau nama penuhnya, Ummu Shaikah Stacy Anam berkata, lagu berentak rancak itu dipilih sebagai inisiatif untuk mencabar dirinya kembali menyanyi dan menari selepas berehat panjang bagi melahirkan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia tiga bulan.
"Kini, tinggal lima kilogram saja lagi untuk dikurangkan bagi mendapatkan berat badan ideal. Bukannya apa, saya tidak mahu nanti semput ketika mengadakan persembahan. Oleh itu, saya kini bersenam dan mengamalkan diet sebagai persiapan untuk kembali aktif menyanyi.
"Single terkini berjudul 'Cakap Ke Tangan' baru saja dihasilkan oleh Akim secara spontan, beberapa hari lalu. Biarpun mengambil risiko menyanyikan lagu rancak selepas lama berehat, namun saya rasa inilah caranya untuk mencabar diri.
"Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya takkan bersedia. Oleh itu, saya perlu membuat persediaan fizikal dan mental untuk kembali aktif seperti zaman bujang dulu," kata Stacy ketika ditemui pada majlis buka puasa anjuran kelab peminat beliau bersama The Majistret di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak perempuan bernama Bella Luna yang kini berusia lima tahun.
Dalam pada itu, Stacy menjelaskan beliau lebih selesa menguruskan keperluan dan menjaga anaknya sendiri daripada menghantar mereka ke pusat asuhan.
Biarpun mempunyai pengasuh, namun Stacy menyerahkan tanggungjawab itu kepada ibunya andai sibuk dengan urusan kerjaya seni.
"Pelbagai isu yang timbul membuatkan saya trauma untuk menyerahkan anak yang masih kecil kepada pengasuh atau ke rumah asuhan. Enggan mengambil risiko begitu, saya lebih selesa melihat anak membesar di depan mata dengan bantuan ibu," kata Stacy.
Credit: Berita Harian
Wednesday, September 16, 2015
MTV Worldstage' 15 : Stacy Jaga Adab, Jason Derulo Lambat Tapi Berbaloi
Memasuki tahun ketujuh penganjuran, konsert yang dilabelkan sebagai konsert terbesar di Asia Tenggara ini dibanjiri kira-kira 20,000 pengunjung bukan saja dalam kalangan peminat muzik tempatan malah peminat dari negara jiran seperti Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia.
Seperti kelaziman, selaku tuan rumah, Malaysia diberikan penghormatan membuka tirai konsert kira-kira jam 7.45 malam menerusi persembahan cukup bertenaga oleh Stacy.
Pemilihan penyanyi yang sedia dikenali dengan aksi tarian dan kelincahannya di pentas ini untuk mewakili Malaysia pada konsert kali ini berdasarkan undian peminat yang mengundi selama dua minggu menerusi laman web MTV World Stage Asia dengan hashtag #MalaysiaMostWanted.
Stacy 'Playsafe'
Stacy membuat persembahan di pentas yang berprestij itu dengan lagunya Not For Sale sambil diiringi oleh Altimet.
Dalam pada lincah menari, Stacy kelihatan berhati-hati dan menjaga adab meskipun dipertanggungjawabkan memanaskan suasana dan menaikkan mood teruja para penonton.Mungkin kerana tidak mahu timbul sebarang cerita kurang enak atau kontroversi tercetus lebih-lebih lagi dengan status baharunya sekarang sebagai muslimah.
Pujian juga diberikan kepada gadis berusia 25 tahun yang peka dengan sensitiviti kerana dia tampil membuat persembahan selepas waktu maghrib.
Mendendangkan lagu Not For Sale, aksi persembahan Stacy diiringi beberapa penari serta kemunculan Altimate.
Sayangnya, Stacy diberikan ruang mempersembahkan satu lagu saja sedangkan ramai peminat menjangkakan dia akan meneruskan untuk satu atau dua lagu lagi.
Sambutan Peminat Sekai No Owari Hambar
Pentas kemudiannya diambil alih oleh kumpulan Indie J-Pop yang mahu dikenali sebagai Sekai No Owari. Nama yang membawa maksud penghujung dunia dan buat pertama kali juga dalam sejarah MTV World Stage menampilkan artis dari Jepun.
Uniknya mereka ialah salah seorang ahlinya memakai kostum badut yang bertindak sebagai DJ kumpulan.
Mendendangkan lagu hits mereka antaranya, Anti-Hero, Starlight dan Death Disco dan Dragon Night dalam bahasa Inggeris.
Sepanjang persembahan, sambutan penonton agak hambar. Bukan kumpulan yang terdiri daripada empat anggota ini ini tidak cukup menghiburkan, cuma barangkali rata-rata peminat kurang tahu lagu-lagu mereka.
Bahkan, kebanyakan penonton baru pertama kali mendengar dan menyaksikan persembahan mereka.
Nyanyi Sama-sama A Pink!
Selesai Sekai No Owari, giliran kumpulan K-pop yang dinantikan, A Pink. Suasana gamat dengan sorakan penonton saat hos VJ Han Li dan Allan Wong mempersilakan enam gadis cantik ke pentas.
Tampil dengan outfit serba putih, HaYoung, Eunji, Bomi, Naeun, ChoRong dan NamJoo menghangatkan suasana dengan lagu seperti NoNoNo diikuti Mr. Chew, LUV dan Remember.
Sunggupun lagu mereka hampir keseluruhannya berbahasa Korea, ia bukan asing buat peminat tegar K-pop yang rata-rata peminat fasih untuk nyanyi bersama-sama.
Tak kurang sebilangan peminat turut sama menari lagak gaya liuk lentik sama macam kumpulan idola mereka ini.
Carly Syok Sendiri?
Selepas itu tiba masanya pula untuk puteri pop terkenal kelahiran Kanada yang sedang meningkat popular, Carly Rae Jepsen.
Tidak dinafi, penampilan Carly pada awalnya menyuntik adrenalin teruja peminat. Dengan penampilan santai mengenai gaun, Carly nampak manis dan begitu lincah memulakan persembahan.
Antara lagu yang didendangkan, Emotions Tonight I’m Getting Over You, Your Type, I Really Like You, Call Maybe, Let’s Get Lost, Boys Problem dan All That.
Malangnya, peminat seakan kurang tertarik dengan pemilihan lagu penyanyi ini sekaligus menjadikan persembahannya seperti tidak kena.
Sewaktu Carly sedang asyik menyanyi, sambil menari dan berlari ke seluruh bahagian penjuru pentas untuk lebih dekat dengan peminat, sebahagian besar peminat yang berada agak jauh daripada pentas kelihatan sudah mula duduk, berasa bosan dan bersembang sesama sendiri sedangkan Carly bersungguh-sungguh menyanyi.
Mungkin juga pemilihan lagu yang dinyanyikan kurang tepat kerana barangkali lagu-lagu tersebut belum betul-betul popular di Malaysia.
Namun, penonton kembali mendapat semangat untuk berhibur apabila Carly menyampaikan dua lagu 'berhantunya', Call Me Maybe dan I Really Like You sekaligus mendapat sorakan gamat penonton.
Jason Berlengah
Tamat persembahan Carly, penonton semakin tidak sabar mahu menyaksikan persembahan artis utama iaitu Jason Derulo. Sorakan peminat menjerit memanggil nama penyanyi itu semakin lama semakin kuat.
Selepas membiarkan hampir setengah jam peminat menunggu, barulah penyanyi berusia 25 tahun itu muncul dari bawah pentas, berpakaian serba putih dan mengegarkan pentas MTV malam itu.
Tapi mujurlah kelewatan Derulo memulakan persembahan boleh dikatakan berbaloi peminat penat menunggu apabila beliau menyanyikan 14 buah lagu hit beliau dan diserikan lagi dengan kelincahan tarian yang tidak dapat disangkal.
Antara rangkaian lagu yang dinyanyikan ialah In My Head, Riding Solo, Trumpet, Talk Dirty, The Other Side, My It Girl, Damn, Wiggle Wiggle, Marry Me, Watchu Say dan Want To Want Me.
Secara keseluruhannya, konsert MTV kali ini memuaskan tetapi sedikit kepincangan dari segi pengurusan masa yang sepatutnya tidak harus terjadi untuk sebuah konsert berprestij dan sudah bertahun-tahun diadakan.
MTV World Stage Live In Malaysia 2015 akan ditayangkan secara eksklusif di saluran MTV Asia (saluran Astro 713) pada 26 September ini pada pukul 3.30 petang.
Article credit to MalaysianDigest
Subscribe to:
Posts (Atom)




