Showing posts with label Ahmad Dhani. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Dhani. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Stacy ke Jakarta Rakam Lagu

Hah! Ni pasal apa plak ni? Bila plak Stacy pergi ke Jakarta? Rakam lagu?

 

Ya! Sebenarnya Stacy sudahpun terbang ke Jakarta untuk berjumpa Ahmad Dhani untuk merakamkan lagu terbaru beliau yang dinamakan KIMIA DIANTARA KITA ! Waaaa! Stacy sempat ditemu bual oleh TV Tempatan kat Indonesia sambil dilabelkan oleh Ahmad Dhani sebagai Artis Malaysia Paling Popular...

Semoga kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia bisa mengeratkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara. eheeeee...


Tuesday, March 27, 2012

Ahmad Dhani Kesal Tidak Pilih Alyah



Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2012: Menerusi konsert Mania minggu kedua yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada 24 Mac lalu, penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dipilih produser Aubrey Suwito untuk berada di empayarnya.

Bersandarkan keputusan itu, Ahmad Dhani yang sudah mempunyai empat bintang dalam empayarnya mengakui berasa sedikit kecewa sebaik saja tamat siaran langsung minggu kedua Mania.

Ia berikutan, Ahmad Dhani tidak dapat memilih Alyah untuk berada dalam empayarnya.

Bagaimanapun, produser hebat dari Indonesia ini terpaksa akur dengan konsep program yang hanya memberi peluang seorang komposer memilih empat bintang dan seorang lagi bintang yang diserap masuk menerusi undian hot seat.

"Pada malam ini, saya suka dengan persembahan Alyah. Saya sukakan vokal Alyah. Namun, saya tidak bisa untuk memilihnya lagi kerana ruang kosong untuk saya tiada lagi.

"Selepas dua minggu konsert diadakan, minggu lalu saya merasakan persembahan Stacy paling bagus. Untuk minggu ini pula, saya meletakkan persembahan Alyah yang paling bagus. Saya rasa bagus kerana mereka mengikuti peredaran masa muzik.

"Terus-terang, saya merasa sedikit menyesal kerana tidak dapat memilih Alyah. Bagaimanapun, saya akan sunting Alyah untuk projek sebuah album yang melibatkan artis Malaysia dan Indonesia," katanya.

Menjelaskan tentang album itu, Ahmad Dhani memberitahu Stacy antara nama penyanyi dari Malaysia yang telah mengesahkan melibatkan diri.

"Untuk album ini, ada lima orang penyanyi Malaysia yang terlibat. Penyanyi yang sudah sah terlibat adalah Stacy. Dia pun sudah merakamkan lagu untuk album itu.

"Memandangkan saya tidak dapat memilih Alyah, saya akan mempelawa dirinya untuk terlibat dalam album ini. Nama penyanyi lain yang terlibat masih belum sah lagi kerana saya masih lagi mencari.

"Sejujurnya, setakat ini saya masih belum lihat bintang Mania yang mana betul-betul menonjol. Saya masih belum dapat klasifikan lagi," jelasnya.

Monday, March 26, 2012

KIMIA DIANTARA KITA ? Stacy - Ahmad Dhani


Terima kasih kepada SGS yg peka terhadap perkembangan Stacy. OMOT terbaca tweet dari Ahmad Dhani ni pon terkejut. KIMIA DIANTARA KITA dan nama Stacy turut kena tag sekali. hmmmmm

Ahmad Dhani nak buat lagu baru untuk Stacy ke? Artis dibawah empayarnya pon dah ada lagu? Stacy awal2 dicop oleh Ahmad Dhani. Bertuahnya Stacy.. 'rekaman'? ni kekadang membawa maksud merakam lagu ataupun shootingkan dalam bahasa Indonesia? Jom sama-sama kita nantikan 'Chemistry Between Us' ala2 omputih gitu. :)

Wednesday, March 7, 2012

MANIA - Jom kenali siapa Penerbit Muzik


AUBREY SUWITO


Sembilan musim yang lalu, kita sentiasa mendengar lagu keramat yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar yang ingin mengejar bintang dalam rancangan realiti nombor satu di Malaysia iaitu Menuju Puncak. Lagu tema Akademi Fantasia ini sentiasa menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar dalam rancangan ini. Begitulah kehebatan yang ditunjukkan oleh pencipta lagu ini iaitu Aubrey Suwito.

Sejak berusia 6 tahun lagi, penerbit muzik yang berasal dari Melaka ini sudah mahir menggunakan alat muzik piano. Dengan bakat yang luar biasa ini, Aubrey Suwito mula mengorak langkah dalam bidang muzik apabila melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.

Komposer yang meminati irama "Jazz" ini telah banyak melibatkan diri dalam penggubahan dan susunan lagu di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga Malaysia. Beliau juga telah menerbitkan 3 album yang menampilkan rangkaian muzik "Jazz" bersama-sama pemain muzik ternama seperti Fauzi Marzuki, Hillary Ang dan Steve Thornton.

Penglibatan Aubrey dalam dunia rangancangan realiti TV tidak dapat dinafikan apabila pernah terlibat dalam 3 rancangan realiti TV. Selain Akademi Fantasia sebagai komposer lagu tema, Aubrey juga pernah terlibat sebagai pengarah muzik Malaysian Idol dan One In A Million. Menuju Puncak hasil ciptaannnya juga telah digunakan sebagai lagu tema untuk Akademi Fantasi Indosiar yang berlangsung di Indonesia.

Salah seorang daripada 3 peserta Hot Seats MANIA! sudah pasti akan bernaung di bawah bimbingan Aubrey Suwito. Siapakah bintang yang bertuah itu? Teruskan undian anda di Hot Seats MANIA! sehingga 16 Mac ini. Layari www.mania.com.my untuk mengundi.





AHMAD DHANI


Sebut sahaja Separuh Nafas, Laskar Cinta, Dewi dan Sedang Ingin Bercinta, sudah pasti akan terlintas nama Ahmad Dhani yang merealisasikan lagu-lagu ini. Alunan muziknya, keindahan liriknya serta penyampaian yang cukup sempurna membuatkan lagu-lagu ini sentiasa menjadi siulan anak-anak muda di Malaysia.

Bintang Rock Indonesia ini dilahirkan pada 26 Mei 1972 di Surabaya. Dhani Ahmad Prasetyo atau dikenali sebagai Ahmad Dhani merupakan seorang penyanyi rock, penulis lagu, penggubah lagu serta penerbit muzik. Pernah mengetuai Dewa 19 dan Ahmad Band serta terlibat dengan ramai penyanyi muda yang sedang mencipta nama.

Sejak tertubuhnya Dewa 19 pada 1986, Ahmad Dhani menyusuri industri muzik dengan pelbagai jenis genre walaupun jiwanya tetap pada irama "rock". Setiap album yang dihasilkan oleh penerbit muzik ini sentiasa menjadi hits dan sangat popular. Antara album yang paling popular adalah Laskar Cinta yang diterbitkan pada tahun 2004.

Ahmad Dhani sememangnya ingin melibatkan diri secara serius dalam industri muzik di Malaysia dan ingin bekerjasama dengan ramai bintang-bintang ternama di sini. Melalui MANIA!, hasrat Ahmad Dhani pastinya akan tercapai disamping dapat berkongsi ilmu yang sudah pasti diimpikan juga oleh bintang-bintang muda Malaysia.

Salah seorang daripada 3 peserta Hot Seats MANIA! sudah pasti akan bernaung di bawah bimbingan Ahmad Dhani. Siapakah bintang yang bertuah itu? Teruskan undian anda di Hot Seats MANIA! sehingga 16 Mac ini. Layari www.mania.com.my untuk mengundi.





M. NASIR


Mohd Nasir Bin Mohamed atau lebih kita kenali sebagai M. Nasir telah dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura. Beliau merupakan seorang penyair, komposer, penerbit album, pelakon, penyanyi juga pengarah filem. M. Nasir sangat terkenal dalam pembikinan dan penerbitan pelbagai jenis lagu untuk ramai penyanyi terkenal membuatkan beliau digelar Sifu.

Selain terlibat secara serius dalam bidang muzik, M. Nasir juga terlibat dalam pembikinan filem seperti Merah yang dilakonkan serta diarahkannya sendiri. Beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem bermula dari Kembara Seniman Jalanan sehinggalah filem Magika sebagai Naga Tasik Chini.

Penghargaan yang diberikan kepada M. Nasir dalam dunia nyanyian sungguh menakjubkan. Hampir setiap kali diadakan Anugerah Juara Lagu, M. Nasir pasti memenangi lagu yang dipertandingkan. Terkini, beliau telah dinobatkan sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu melalui lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Selebriti MANIA! Hafiz.

Dengan penghargaan dan sumbangannya dalam bidang nyanyian ini, M. Nasir tela dikurniakan "Darjah Indera Mahkota Pahang" oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato'. Kini Dato' M. Nasir, seorang penerbit muzik tersohor sekali lagi bakal memberikan kehebatan dan magisnya kepada 5 bintang bimbingannya untuk melalui proses transformasi menjadi sorang "Super Star".

Siapakah di antara 12 peserta yang bakal dipilih oleh Dato' M.Nasir? Siapa pula antara 3 peserta Hot Seats yang akan terpilih menjadi anak didik Dato' M.Nasir? Nantikan MANIA!, mulai 17 Mac 2012 di Astro RIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...