Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Filem Ombak Rindu - FULL MOVIE DOWNLOAD

Siapa dah tengok filem Ombak Rindu? Harini adalah tayangan pertama filem ni kat Astro First. Tapi penulis nak korang semua tengok dulu. nak tak? ehehe... kiranya korang dah boleh download dulu sebelum kat sini.

Nak download tak? Links ada kat bawah sekali...


Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Antara Para pelakonnya adalah : Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palare, dan Azizah Mahzan


Selamat Menonton !

OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira [Video / Lirik]


Harini ni penulis nak bercerita mengenai filem terhangat lakonan Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin. Siapa yang dah tengok? Penulis sendiri belum sempat nak pg tengok kat Cinema. Hmmm tapi ramai yang mengatakan filem arahan Kabir Bhaktiar ni setanding dengan filem arahan sebelum ni iaitu Nur Kasih. Penulis tak reti sangat nak bagi rating kat filem2 nih. As long as jalan citer dia menarik dan tak mengantuk dah ok...... ehehe..

Akan tetapi penulis sangat tertarik dengan runut bunyi filem ni iaitu lagu yang didengankan oleh Hafiz dan Adira. Sangat menyentuh hati!



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Apa pendapat korang mengenai lagu dan filem ni? Gandingan Hafiz dan Adira sangat mengena. Korang rasa dorang betul2 menjalinkan hubungan cinta tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...