Showing posts with label Adira. Show all posts
Showing posts with label Adira. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Kisah cinta dua dara - Stacy dan Adira




Kisah cinta dua dara
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my

SEPANJANG tempoh singkat bergelar penyanyi, kualiti daripada sudut aksi mahupun vokal dipersembahkan Siti Adira Suhaimi atau Adira, 21, dan Stracie Angie Anam (Stacy), 22, tidak pernah me­ngecewakan. Kebetulan kedua-duanya berasal dari negeri sama iaitu Sabah.

Bakat Adira dan Stacy juga dicungkil daripada rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia, menyebabkan peminat ber­anggapan anak muda kelahiran negeri di bawah bayu memiliki keistimewaan. 

Jika digilap, mereka mampu menjadi penghibur disegani satu hari nanti.



Begitupun, perjalanan kerjaya seni dilalui mereka penuh ranjau dan duri. Ia tidak mudah seperti dibayangkan, apatah lagi segala tindak tanduk menjadi perhatian.

Tersilap langkah, ia akan menjurus mereka ke kancah kontroversi yang boleh mengakibat­kan kerjaya seni musnah dalam sekelip mata.

 Dalam usia yang boleh dianggap mentah, kedua-dua penyanyi muda ini sudah berdepan situasi dinyatakan. Malah, bukan setakat kisah cinta menjadi perhatian, tetapi lebih daripada itu, hinggakan sampai satu tahap ia mengaibkan dan maruah tercalar.

Sebaik keluar dari Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) dan muncul dengan single Ku Ada Kamu, Adira menjadi pujaan ramai, namun populariti diraih punya harganya apabila satu persatu hal peribadi didedahkan.

Orientasi seksnya dipersoal­kan, kisah putus cinta dengan juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Hafiz diperkatakan hingga kini dan terbaru fotonya mendakap manja seekor anjing menjadi bahan cercaan.

Bagaimana gadis kelahiran Ranau, Sabah ini berdepan segala tekanan apabila satu-persatu cerita buruk dikaitkan dengannya?

Bagi anak muda sebayanya, mungkin apa yang berlaku boleh membuatkan mereka separuh gila atau berputus asa, seterusnya meninggalkan segala usaha dibina sebelum ini.

Bagaimanapun, Adira mengang­gap segala kritikan berikutan kontroversi membabitkan dirinya sebagai teguran membina untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

“Perkara berlaku di luar sedar dan tidak dirancang, apabila ia menjadi kontroversi, saya tidak dapat mengelak. Bagaimanapun, saya akan pastikan keluarga dan peminat tahu kedudukan sebenar. Jika apa yang berlaku berpunca daripada kesilapan yang saya lakukan, saya mohon maaf.

“Selagi keluarga dan peminat memahami, saya akan berasa lega kerana mereka menjadi tulang belakang kerjaya seni saya. Apa yang berlaku juga saya anggap sebagai proses pembelajaran untuk menjadi insan lebih baik,” katanya tanpa mahu mengulas panjang apa berlaku sebelum ini.

Kesan daripada kontroversi yang timbul mungkin dirasai Adira apabila menyertai ranca­ngan realiti terbaru terbitan Astro, Mania dan disiarkan di Astro Ria setiap Sabtu, jam 9 malam.

Dalam pertandingan yang menyediakan wang tunai RM500,000 ini, pemenangnya ditentukan menerusi undian penonton sepenuhnya. Pengaruh kontroversi mungkin memberi kesan kepadanya sepanjang menyertai rancangan itu.

“Saya tidak percaya perkara itu akan berlaku kepada saya kerana penonton semakin bijak. Mereka mengundi peserta yang menyertai Mania daripada bakat. Apatah lagi ia membariskan penyanyi terkenal yang memiliki kelebihan masing-masing.

“Kalau sekali pun saya terkeluar daripada persaingan selepas ini, saya yakin ia disebabkan ada bakat lebih baik berbanding saya dan ia bukan kerana pengaruh kontroversi. Mengenai undi pula, saya anggap ia terpulang kepada rezeki masing-masing,” katanya.

Stacy pula yang beberapa kali dikaitkan dengan masalah disiplin dan kisah cintanya bersama seorang lagi bintang AF, Akim menganggap kontroversi dan gosip lumrah bagi anak seni. Yang penting, mereka harus tahu tujuan sebenar menyertai dunia seni dan jangan sesekali biarkan ia menggugat tumpuan.

“Bagi saya mudah, jika kontroversi itu timbul disebabkan kesilapan sendiri, saya memohon maaf. Bagaimanapun, kalau berkisar mengenai cinta atau menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki, itu saya anggap sebagai usikan,” katanya.

Stacy turut menjelaskan, sepanjang bergelar penyanyi, dia memastikan sentiasa fokus dengan apa dilakukan, terutama membabitkan impiannya menjadi penghibur dihormati.

“Sepanjang dalam bidang ini, saya bersyukur kerana impian mengubah nasib keluarga dapat dilaksanakan. Rumah di Kota Kinabalu sudah dibina. Bagaimanapun, banyak lagi yang ingin saya lakukan, terutama membabitkan kerjaya,” katanya.

Gadis ini yang kini popular dengan lagu Kisah Dongeng turut menjelaskan, satu sebab dia me­nyertai rancangan Mania kerana mahu menonjolkan lagi kemampuan diri di samping menimba ilmu daripada komposer besar yang turut menjadi pengarah muzik seperti M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

“Impian saya besar dalam dunia seni suara. Saya mahu mencipta nama dan meninggalkan impak seperti mana dilakukan penghibur terkenal sebelum ini, antaranya Anita Sarawak, Allahyarham Datuk Sudirman dan Datuk Siti Nurhaliza,” katanya.


 Pertarungan bekas kekasih

MENARIKNYA rancangan Mania, selain menemukan dua bintang kelahiran Sabah ini, ia turut menampilkan bekas kekasih mereka iaitu Hafiz (sebelum ini bercinta dengan Adira) dan Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad (hangat dikatakan bercinta dengan Stacy).

Pastinya peminat mahupun mereka yang mengikuti drama kisah cinta dua remaja popular ini mahu melihat bagaimana Adira dan Stacy berdepan bekas kekasih masing-masing.

Bercerita mengenai perkara ini, Adira menjelaskan, dia tidak pernah berdepan masalah untuk bekerja dengan Hafiz biarpun mereka bukan lagi kekasih.

“Selepas putus, kami masih bekerjasama, apatah lagi kami mempunyai lagu duet iaitu Ombak Rindu. Kami putus secara baik dan masih berkawan, tetapi tidaklah serapat dulu. Biasanya kalau berjumpa pun hanya berkaitan soal kerja.

“Kalau orang tanya apa perasaan saya terhadap Hafiz, saya masih sayang, tetapi tidak lebih daripada kawan,” katanya.

Stacy pula tidak pernah meng­anggap pembabitannya dalam rancangan Mania bersama Akim akan menyebabkan hubungan baik terjalin sebelum ini menjadi renggang.

“Lagipun, kami mengambil kelas vokal bersama-sama sebagai persiapan untuk berdepan cabaran program ini. Bagi saya, soal bermusuh semata-mata untuk bersaing tidak pernah timbul. Kami mengamalkan persaingan sihat.

“Malah, kami selalu juga bercerita apa yang ingin dilakukan atau tampilkan dalam rancangan ini tetapi tidaklah semua dikongsi. Maklumlah, baik macam mana pun kami tetap bertanding sesama sendiri, jadi segala strategi biarlah jadi rahsia,” katanya.

Tambah Stacy, pembabitan penyanyi ternama seperti Jaclyn Victor, Alyah, Shila Amzah, Kumpulan Estranged dan Kristal dalam Mania memberikannya peluang untuk menimba ilmu daripada mereka.

Sebagai peserta, dia tidak terlalu memikirkan soal per­saingan tetapi waktu sama tidak menafikan mahukan kemena­ngan kerana hadiah ditawarkan sangat lumayan dan ia boleh digunakan bagi memperbaiki kehidupan keluarga serta mempertingkatkan kerjaya seninya.

Sesi Photoshoot Stacy dan Adira - Harian Metro (Video)


Ikuti temubual eksklusif myMetro TV bersama selebriti STACY & ADIRA mengenai perkembangan terbaru mereka. Berkisarkan kehidupan mereka didalam dunia artis yang penuh dengan onak dan duri. Stacy menjawab setiap soalan dengan begitu tenang, walaupun mengunakan loghat Sabah. :)

Wednesday, March 7, 2012

MANIA - Keazaman Adira



Gadis Kadazan-Dusun yang berasal dari Kundasang, Sabah ini mula mencatat nama dalam dunia hiburan selepas menjadi Naib Juara untuk musim kelapan Akademi Fantasia. Siti Adira Suhaimi atau dikenali sebagai Adira juga mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi pasangan adik-beradik pertama menyertai Akademi Fantasia pada musim yang sama.

Sepanjang perjalanan seninya, Adira pernah muncul sebagai finalis dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 untuk lagu ciptaan Edry Abdul Halim iaitu Ku Ada Kamu. Namun, persembahan yang mengangkat dirinya setinggi yang mungkin melalui buaian di atas pentas tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah.

Lagu-lagu nyanyian Adira juga telah menjadi lagu latar untuk drama bersiri dan juga filem seperti Ilusi yang menjadi lagu tema Awan Dania musim ketiga dan lagu Ombak Rindu, duet bersama Hafiz yang menjadi lagu tema untuk filem Ombak Rindu. Selain itu, beliau juga pernah menyanyikan lagu tema rancangan realiti tarian iaitu Mari Menari, juga bersama Hafiz.

Seperti selebriti-selebriti MANIA! yang lain, Adira juga berazam untuk berjaya dalam program ini, namun apa yang lebih penting adalah pengalaman menjadi anak didik kepada salah seorang penerbit muzik tersohor tanah air. Itulah hadiah dan anugerah terbaik bagi dirinya sepanjang berada dalam MANIA!

Sunday, January 8, 2012

Stacy - Penyanyi Terbaik Malaysia! (Undian Laman Web)


Best Singer in Malaysia ? Penyanyi terbaik di Malaysia? Satu laman web yang dikenali sebagai TheTopTens.com telah membuat satu undian iaitu 'penyanyi terbaik Malaysia' dan Setakat ini Stacy mengungguli carta undian tersebut dengan peratusan sebanyak 27% dihadapan Dato Siti Nurhaliza (24%).

Walaupun ini sekadar undian saja2. Namun kita dapat lihat bahawa sokongan dari peminat Stacy kuat dan masih utuh.


Berikut adalah keputusan undian melalui laman web tersebut.

1. Stacy Angie (27%)
2. Siti Nurhaliza (24%)
3. Adira (19%)
4. Ziana Zain (11%)
5. Faizal Tahir (6%)
6. Jaclyn Victor (3%)
7. Misha Omar (2%)
8. Syafinaz (1%)
9. Aizat (1%)
10. Anita Sarawak (0.8%)

Bagi pendapat OMOT, undian begini xde makna kalau setakat main undi dan kat industri hiburan sebenar tak buat apa2 kan? Maksud OMOT, segala usaha2 peminat tak patut disia2kan.

Undi artis kegemaran korang kat sini >> Best Singers In Malaysia.


Namun kalau dilihat di peringkat Asia, nama Stacy masih lagi asing dan tak ramai yang mengenali dirinya. Lain la Siti Nurhaliza yang telah memenangi banyak anugerah baik tempatan dan antarabangsa. Stacy mula dikenali menerusi kontroversi yang mengatakan beliau klon kepada Agnes Monica seorang penyanyi dan pelakon datang dari Indonesia sehingga ada yang mengelar beliau sebagai Agnes Monica Malaysia.

The Top Tens turut membuat undian untuk Best Female Singer in Asia dan dalam undian ini Stacy berada di tangga ke-7 (4%)



Keputusan penuh:

1. Charice Pempengco - Philippines (30%)
2. Sarah Geronimo - Philippines (14%)
3. Agnes Monica - Indonesia (12%)
4. Yui - Japan (8%)
5. Sherya Goshal - India (5%)
6. Regine Velasquez - Philippines (4%)
7. Stacy Angie - Malaysia (4%)
8. Ziana Zain - Malaysia (3%)
9. Anggun - Indonesia (3%)
10. Siti Nurhaliza (3%)

Charice adalah antara artis muda dari Asia yang sangat terkenal di Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi pelakon jemputan untuk siri televisyen terkenal iaitu GLEE sebagai Sunshine Corazon dan pernah dijemput sebagai artis jemputan untuk rancangan ELLEN DEGENERES serta penyanyi pembuka untuk konsert Celine Dion. Manakala Agnes Monica turut berjaya untuk menembus pasaran AS dengan lagunya Paralyzed.

Jom undi artis korang kat sini >> Best Female Singer in Asia


Well tak habis dengan itu, ada satu lagi laman web iaitu Poll Pigeon dimana undian turut dibuka untuk Best Artists on Asia.

Percaya atau tidak? Stacy mengungguli undian ini.


Undian ini hanya dibuka untuk pengguna Twitter dan Facebook sahaja. Jom lihat keputusan 10 teratas.

1. Stacy Angie - Malaysia (25%)
2. TVXQ - Korea (24%)
3. Wondergirls - Korea (18%)
4. Agnes Monica - Indonesia (13%)
5. Christian Bautista - Philippines (10%)
6. Bi Rain - Korea (6%)
7. Alan Luo - Taiwan (2%)
8. Peterpan - Indonesia (1%)
9. F4 - Taiwan (1%)
10. Hadi Mirza - Singapura (0%)

Nak undi mereka? Klik sini >> Best Artists on Asia

Setelah melihat kesemua undian apa pendapat korang? Dimana Stacy akan berada untuk 5 tahun akan datang? Mampuka Stacy menembusi pasaran Antarabangsa seperti Siti Nurhaliza? Yuna? Zee Avi? yang pasti sokongan peminat tak akan pernah putus.

Good Luck!

Thursday, December 29, 2011

OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira [Video / Lirik]


Harini ni penulis nak bercerita mengenai filem terhangat lakonan Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin. Siapa yang dah tengok? Penulis sendiri belum sempat nak pg tengok kat Cinema. Hmmm tapi ramai yang mengatakan filem arahan Kabir Bhaktiar ni setanding dengan filem arahan sebelum ni iaitu Nur Kasih. Penulis tak reti sangat nak bagi rating kat filem2 nih. As long as jalan citer dia menarik dan tak mengantuk dah ok...... ehehe..

Akan tetapi penulis sangat tertarik dengan runut bunyi filem ni iaitu lagu yang didengankan oleh Hafiz dan Adira. Sangat menyentuh hati!



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Apa pendapat korang mengenai lagu dan filem ni? Gandingan Hafiz dan Adira sangat mengena. Korang rasa dorang betul2 menjalinkan hubungan cinta tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...