Tuesday, April 17, 2012

Stacy Tawan Hati Morgan SM*SH




KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2012: Tidak dapat dinafikan, peserta Mania di bawah empayar Datuk M Nasir iaitu Stacy telah mendapat perhatian lebih dengan menampilkan persembahan yang mantap setiap kali beraksi dalam galaksi program ini.

Bahkan, Stacy dilihat begitu komited dan sering saja mempamerkan mutu persembahan memukau yang boleh dilabelkan tahap Superstar.

Lantaran itu, portal murai.com.my mendapat tahu salah seorang ahli kumpulan ala K-POP dari Indonesia iaitu SMASH yang bernama Morgan sudah tertawan dengan penyanyi berkenaan.

Malah, Morgan yang baru saja membuat kunjungan ke Malaysia bersama-sama enam rakannya yang lain, teringin untuk bertemu dengan Stacy yang pernah digosipkan bercinta dengan Akim.

Bagaimanapun, Morgan menjelaskan dia bukannya ingin mencari publisiti murahan tetapi lebih kepada menghargai bakat yang dimiliki penyanyi kelahiran Sabah itu.

"Saya amat meminati Datuk Siti Nurhaliza. Jadi, saya teringin sangat mahu berjumpa dengan dia. Namun, apabila saya tiba di Malaysia, saya mendengar lagu Kasanova nyanyian dari Stacy, ianya terus membuatkan saya minat dengan Stacy.

"Saya sama sekali tidak menyangka, ada penyanyi sehebat Stacy yang mendendangkan lagu seperti itu. Saya juga teringin berjumpa dengan Stacy. Namun, masih belum ada peluang kerana lawatan saya di sini hanya seketika saja.

"Apapun, saya berharap peminat jangan salah sangka. Saya bukannya jatuh cinta dengan Stacy tetapi hanya terpersona dengan bakat dia saja walaupun saya ketika ini masih lagi belum mempunyai kekasih hati.

"Saya ucapkan terbaik buat Stacy dan harap dia boleh melakukan yang terbaik dalam Mania," kata Morgan kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, sekiranya anda semua rasa Stacy layak bergelar juara Mania pertama, jangan lupa untuk mengundi Stacy.

Friday, April 13, 2012

Stacy mengaku ingin menang



NAMA Stacy sudah empat tahun disenaraikan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Bermula ABPBH 2008, tuah menjadi miliknya apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular. Untuk ABPBH 2009 hingga 2011, namanya disenaraikan pula dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

Biarpun nasib masih belum menyebelahinya untuk merangkul gelaran Penyanyi Wanita Popular, Stacy tidak melihat itu sebagai satu persoalan besar. Namun, jauh di sudut hatinya dia juga menyimpan hasrat untuk menggenggam trofi berkenaan termasuklah menanti debaran keputusan kategori itu menjelang malam kemuncak ABPBH 2011, malam ini.

Ungkap juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) berusia 21 tahun itu, dia tak lupa mengucapkan terima kasih kepada penganjur ABPBH iaitu Berita Harian yang sentiasa memberi peluang kepadanya membuat persembahan. Apatah lagi persembahan Stacy sentiasa ditunggu.

"Komen saya ini barangkali bunyinya terlalu klise. Tapi sudah tercalon Top 5 itu pun saya bersyukur. Ia sudah cukup baik. Tetapi saya juga melihat pencalonan dalam kategori ini lebih luas iaitu nama saya masih terpahat dalam industri dan peminat masih menyedari kehadiran saya.

"Saya tak boleh melupakan jasa Berita Harian menerusi penganjuran anugerah ini kerana ia secara tak langsung memberi cermin kepada survivor saya dalam industri seni. Dari dulu.. sejak awal dicalonkan dalam kategori ini saya teringin nak menang. Tetapi kalau sudah tiada rezeki.. apa nak buat," katanya yang dihubungi B*POP pagi Khamis lalu.

Untuk kategori Penyanyi Wanita Popular tahun ini, Stacy bersaing di sisi Alyah, Najwa Latif, Shila Amzah dan Yuna. Dua tahun lalu kategori sama dimenangi Datuk Siti Nurhaliza, manakala tahun lalu tuah memihak kepada Yuna.

"Kalau saya yang tak menang, bererti empat lagi calon lain mempunyai potensi. Persaingan memang agak sengit untuk kategori ini. Keempat-empat calon lain juga hebat di liga masing-masing," seloroh Stacy yang bakal melaram dua persalinan rekaan Wanpa untuk sesi permaidani merah dan segmen persembahan.

Malam ini, Stacy bakal membuat persembahan pembukaan acara di sisi Alyah dan Siti Nurhaliza. Stacy bakal mendendangkan lagu Michael Jackson. Di pentas ABPBH sebelum ini, Stacy pernah mendendangkan lagu Gagap ketika membuat persembahan secara medley bersama Anita Sarawak serta Adam untuk duet lagu Menggegar Dunia.

"Saya rasa ramai artis di luar sana tak kira yang bertanding atau tak mahu merebut peluang untuk membuat persembahan di ABPBH. Ia satu peluang keemasan. Tambahan pula ABPBH ditonton begitu ramai orang dan ia menjadi landasan terbaik untuk menyerlahkan bakat kita.

"Beza persembahan saya untuk malam ini dengan terdahulu ialah saya tidak akan menyanyikan lagu sendiri, sebaliknya lagu Michael Jackson. Cuma sehari sebelum malam ABPBH (semalam), saya terbabit dengan persembahan untuk program, Mania menyanyikan lagu Toxic dendangan Britney Spears.

"Harapnya, saya tidak akan tersalah langkah tarian membezakan persembahan Toxic dan lagu Michael Jackson. Apapun saya tak sabar untuk membuat persembahan dan menanti keputusan malam ini. 
Sesiapapun yang menang, tak kisahlah. Yang penting, industri seni kita terus bernyawa," katanya yang dibimbing Datuk M Nasir untuk Mania, satu lagi pertandingan realiti terbaru di Astro.

  
Ambil anak angkat perempuan

PERBUALAN B*POP bersama Stacy pagi Khamis lalu turut berkongsi kegembiraan terbarunya yang mengaku dia kini sudah bergelar ibu angkat kepada bayi comel bernama Bella Valentina.

Nama, Valentina diambil bersempena kelahirannya pada 14 April tahun lalu ketika sambutan Valentine diraikan beliau.

Bererti 14 April ini, genap dua tahun usia cinta hati kesayangan Stacy itu. Stacy dan keluarganya membela Bella ketika bayi itu masih berada dalam perut ibu kandungnya di Sabah. Proses menjadikan Bella sebagai anak angkat dilakukan mengikut prosedur.

"Memang saya jenis sukakan anak kecil. Begitu juga keluarga saya. Anak buah saya pun sudah membesar dan teringin pula nak tengok bayi di depan mata.

Tunggu anak saudara baru tak kunjung tiba pula. Maka sebab itulah terdetik hati membela anak angkat.
"Sekarang, Bella dibela saya di Kuala Lumpur. Tetapi adik beradik saya pun tolong jaga. Mummy pun selalu turun sini. Malah, Akim pun yang gemarkan anak kecil turut membantu sama menjaga Bella.

Jadi Bella memang sentiasa ada penjaganya sekalipun saya sibuk dengan komitmen seni," kata Stacy yang masih berteman rapat dengan Akim.

Sebelum menoktahkan bicara, Stacy turut diajukan sikapnya kini yang dikatakan sudah berubah, seperti mana sebelum ini dilabelkan berperangai diva dan tidak memenuhi undangan persembahan yang sudah dipersetujui. Sebuah akhbar mingguan turut melaporkan perkara sama apabila Stacy dikatakan semakin `naik tocang' disebabkan memberi pelbagai alasan jika dia tidak dapat memenuhi permintaan penganjur persembahan.

"Geram juga apabila membacanya kerana berita sebegitu mampu merosakkan periuk nasi saya. Cuma sebaiknya jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Saya cuba menghubungi pihak akhbar itu untuk menjelaskan perkara sebenar tetapi gagal.

"Kalau ditanya atau diberi ruang mempertahankan diri seperti ini, saya sedia bersuara.

Apa dilaporkan itu membuatkan saya jadi tersepit. Saya jadi mangsa keadaan. Hakikatnya Astro yang sudah membatalkan persembahan saya kerana saya terikat dengan persembahan lain.

Nampak salahnya pada saya," kata Stacy yang akan menjalani penggambaran klip video lagu Pelangi Senja.

Tuesday, April 10, 2012

Stacy dan Super Junior Ungguli Kategori Online





Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011,selain undian rasmi menerusi boring dan kiriman SMS,penganjur turut mengadakan kategori online bagi menyemarakkan lagi acara terbabit bersempenaan sambutan jubli perak anugerah ini.

Bagi undian secara online, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular, Artis Lelaki Anggun Bergaya, Artis Wanita Anggun Bergaya.

Dalam kategori Artis Asia Paling Popular,kumpulan terkenal Korea Selatan, Super Junior, dipilih peminat sebagai pemenang dengan  114,238 undi. Mereka Berjaya mengetepikan empat calon lain termasuk 2PM dan Maher Zain.

Kategori  Artis Lelaki Paling Popular pula dimenangi pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz, yang turut diangkat peminat sebagai Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular pada ABPBH kali ini. Pelakon itu mendapat 35,185 undi menewaskan empat calon hebat lain iaitu Faizal Tahir,Zizan,Johan dan Akim.

Bagi kategori wanita pula, penyanyi yang popular dengan lagu Kasanova, Stacy, muncul sebagai pemenang dengan undian sebanyak 73,987 menafikan peluang Ziana Zain, Lisa Surihani, Shila Amzah dan Nera.

Sementara itu, bagi kategori Artis Lelaki Anggun Bergaya, hero drama “Tentang Dhia” Berjaya memikat hati peminat dengan 13,842 undi. Saingan terdekatnya dalam kategori ini ialah Shahrizal Jaszle, Shaheizy Sam, Anuar Zain dan Awal Ashaari.

Bagi kategori wanita pula, peminat memilih Ziana Zain sebagai pemenang dengan 13,130 undi. Penyanyi “Madah Berhelah” yang juga dikenali sebagai pelakon itu Berjaya menewaskan saingan hebat daripada Nur Fazura, Erra Fazira, Nora Danish dan Yuna.

Dijalankan selama hamper 10 minggu bermula 13 Januari sehingga 13 Mac sebanyak 523,416 undian diterima daripada peminat dengan undian terbesar diterima bagi kategori Artis Asia Paling Popular iaitu sebanyak 172,789 undian.

Thursday, April 5, 2012

Stacy ke Jakarta Rakam Lagu

Hah! Ni pasal apa plak ni? Bila plak Stacy pergi ke Jakarta? Rakam lagu?

 

Ya! Sebenarnya Stacy sudahpun terbang ke Jakarta untuk berjumpa Ahmad Dhani untuk merakamkan lagu terbaru beliau yang dinamakan KIMIA DIANTARA KITA ! Waaaa! Stacy sempat ditemu bual oleh TV Tempatan kat Indonesia sambil dilabelkan oleh Ahmad Dhani sebagai Artis Malaysia Paling Popular...

Semoga kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia bisa mengeratkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara. eheeeee...


Tuesday, April 3, 2012

Stacy - Inspirasi Perkahwinan


Dapatkan Majalah Inspirasi Perkahwinan isu MEI 2012. Menampilkan Stacy di muka depan. Cantik je Stacy memakai gaun perkahwinan kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...