Wednesday, March 27, 2013

Benarkah Stacy Jadi Duta M7 Gantikan Zizan Razak?


KL, 27 MAC 2012: Wah, Murai Batu lihat makin ramai artis popular tempatan telah disunting menjadi duta produk M7. Bermula dari Aaron Aziz, Zizan Razak, Fizo Omar dan kini Stacy pula adalah artis yang terbaru diambil jadi duta.

Dengarnya, bukannya mudah untuk dipilih jadi duta produk berkenaan. Kalau tidak cukup popular, maka syarikat yang mengendalikan produk berkenaan tidak akan pandang artis tersebut untuk jadi duta.

Yelah, Murai Batu dapat tahu, kebanyakan artis yang diambil jadi duta ini bukannya dibayar puluhan ribu ringgit tapi mencecah lebih ratusan ribu ringgit. Wow. Masyuknya! Kenyang setahun.

Apapun, sebaik saja nama Stacy diumumkan sebagai duta produk berkenaan, Murai Batu ada dengar cerita kurang enak tentang Zizan. Katanya, Zizan yang belum setahun lagi menjadi duta produk berkenaan telah ditamatkan kontrak secara tiba-tiba.

Kenapa pula macam gitu sekali? Bukan ke Zizan antara yang paling popular dan terus popular dari duta yang sedia ada?

Merisik lebih dalam tentang isu ini, sumber Murai Batu tidak berani hendak mengesahkannya. Tetapi perkara ini mula dibincangkan ketika sesi penggambaran yang melibatkan duta-duta produk ini dilakukan.

Murai Batu diberitahu, antara punca perkara ini berlaku disebabkan Zizan menghadapi kesibukan untuk memberikan komitmen. Senang cerita, mungkin ianya terjadi disebabkan jadual Zizan yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat menjalankan tugas sebagai duta produk berkenaan.

Tapi, Murai Batu pernah lihat Zizan mempromosikan produk ini ketika dia menyertai program Maharaja Lawak Mega 2012. Apapun, Murai Batu kenalah minta kengkawan di murai.com.my untuk merisik sendiri adakah benar Zizan telah ditamatkan kontrak.

Atau mungkin kontrak Zizan bukan setahun tetapi hanya beberapa bulan saja. Yelah, setiap artis banyak jenis kontrak dealnya. Ikut populariti katanya.

Artikel dan Gambar : Murai.com

Thursday, January 3, 2013

Bintang Pop Stacy Kembali Ke AJL - Gua.com.my




Kehadirannya di arena seni hiburan menyerlah kerana dia berjaya membina imej tersendiri. Memiliki lagu rancak yang digemari ramai. Bukan mudah menambat halwa telinga pendengar yang sudah biasa disogok lagu-lagu melodrama mendayu-dayu. GUA tabik dengan Stacy kerana bukan sekadar menyanyi, dia juga lincah menari. Kalau tak, takkan KRU terus mengikat dia. Edry pula berjaya menghasilkan buah tangan terbaik.

Sebagai orang baru bukan mudah menembusi pertandingan berprestij seumpamanya. Anugerah
Juara Lagu (AJL) mengumumkan senarai separuh akhir dan Stacy berjaya mendapat tempat di AJL
23 dengan lagu "Aku Stacy". Lagi itu jugalah yang menjulang nama Stacy dalam pertandingan realiti disertainya. Lagi pertama yang pasti meninggalkan beribu makna.

Penampilannya juga tidak sekali-kali dikaitkan dengan K-pop. Mungkin audien menerima seadanya
Stacy. Sepanjang peminat mengenalinya di dalam siri realiti itu dia sudah menunjukkan kelincahan. Malah punya kumpulan penari sendiri di kampung halamannya, Kota Kinabalu, Sabah. Stacy mara lagi di AJL 24 dengan lagu "Pakai Buang" dan AJL 25 dengan lagu "Jahat".


Begitupun tahun lepas, Stacy tidak tersenarai dalam AJL 26 dan semestinya kelincahannya dirindui. Peminat Stacy pastinya lega kerana di AJL 27 Stacy kembali walaupun kali ini mempertaruhkan lagu berentak balada "Pelangi Senja". Pasti peminat AJL tidak sabar melihat sisi lain Stacy. Percaturan bijak oleh pihak pengurusan Stacy kerana membiarkan peminat leka dengan lagu-lagu rancaknya dan sekali ini dia tampil elegan dengan lagu berentak perlahan.

Kalau dahulu fesyen digayakan di pentas funky dengan solekan mata menyerlah, pasti penampilan
Stacy kali ini lebih anggun dengan gaun meleret (tipikal selebriti kita memilih pakaian). Apa pun itu jangkaan GUA sahaja.

Kunci kejayaan seseorang artis adalah perancangan pihak pengurusan. Bagaimana mereka mengatur stragegi dan gimik artis mereka. Bukan sekadar tergesa-gesa keluar album kerana minat semata-mata. Contoh dari Hollywood, Disney Channel berjaya menjenamakan nama-nama seperti Miley Cyrus, Demi Lovato, Selena Gomez, Joe Jonas, Nick Jonas, Kevin Jonas dan banyak lagi.

Mahukan kelainan, pihak pengurusan Justin Bieber enggan mengikut corak sama, merakamkan dokumentari mengenai artisnya. Tidak sekali-kali mencipta rancangan TV untuk Justin Bieber. Mereka percaya pada lagu-lagu Justin dan percaturan mereka berhasil. Justin berjaya menepis budaya artis di bawah naungan Disney Channel dan merampas perhatian peminat mereka.

Gambar: sensasi selebriti, engkuiskandar, koleksi gua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...