Thursday, January 3, 2013

Bintang Pop Stacy Kembali Ke AJL - Gua.com.my




Kehadirannya di arena seni hiburan menyerlah kerana dia berjaya membina imej tersendiri. Memiliki lagu rancak yang digemari ramai. Bukan mudah menambat halwa telinga pendengar yang sudah biasa disogok lagu-lagu melodrama mendayu-dayu. GUA tabik dengan Stacy kerana bukan sekadar menyanyi, dia juga lincah menari. Kalau tak, takkan KRU terus mengikat dia. Edry pula berjaya menghasilkan buah tangan terbaik.

Sebagai orang baru bukan mudah menembusi pertandingan berprestij seumpamanya. Anugerah
Juara Lagu (AJL) mengumumkan senarai separuh akhir dan Stacy berjaya mendapat tempat di AJL
23 dengan lagu "Aku Stacy". Lagi itu jugalah yang menjulang nama Stacy dalam pertandingan realiti disertainya. Lagi pertama yang pasti meninggalkan beribu makna.

Penampilannya juga tidak sekali-kali dikaitkan dengan K-pop. Mungkin audien menerima seadanya
Stacy. Sepanjang peminat mengenalinya di dalam siri realiti itu dia sudah menunjukkan kelincahan. Malah punya kumpulan penari sendiri di kampung halamannya, Kota Kinabalu, Sabah. Stacy mara lagi di AJL 24 dengan lagu "Pakai Buang" dan AJL 25 dengan lagu "Jahat".


Begitupun tahun lepas, Stacy tidak tersenarai dalam AJL 26 dan semestinya kelincahannya dirindui. Peminat Stacy pastinya lega kerana di AJL 27 Stacy kembali walaupun kali ini mempertaruhkan lagu berentak balada "Pelangi Senja". Pasti peminat AJL tidak sabar melihat sisi lain Stacy. Percaturan bijak oleh pihak pengurusan Stacy kerana membiarkan peminat leka dengan lagu-lagu rancaknya dan sekali ini dia tampil elegan dengan lagu berentak perlahan.

Kalau dahulu fesyen digayakan di pentas funky dengan solekan mata menyerlah, pasti penampilan
Stacy kali ini lebih anggun dengan gaun meleret (tipikal selebriti kita memilih pakaian). Apa pun itu jangkaan GUA sahaja.

Kunci kejayaan seseorang artis adalah perancangan pihak pengurusan. Bagaimana mereka mengatur stragegi dan gimik artis mereka. Bukan sekadar tergesa-gesa keluar album kerana minat semata-mata. Contoh dari Hollywood, Disney Channel berjaya menjenamakan nama-nama seperti Miley Cyrus, Demi Lovato, Selena Gomez, Joe Jonas, Nick Jonas, Kevin Jonas dan banyak lagi.

Mahukan kelainan, pihak pengurusan Justin Bieber enggan mengikut corak sama, merakamkan dokumentari mengenai artisnya. Tidak sekali-kali mencipta rancangan TV untuk Justin Bieber. Mereka percaya pada lagu-lagu Justin dan percaturan mereka berhasil. Justin berjaya menepis budaya artis di bawah naungan Disney Channel dan merampas perhatian peminat mereka.

Gambar: sensasi selebriti, engkuiskandar, koleksi gua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...