Thursday, February 23, 2012

Stacy jumpa pakar ?



Kelincahan gadis ini pentas sememangnya tidak dapat dinafikan. Pernah beraksi di 3 edisi Anugerah Juara Lagu, Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam ini terus kekal memeriahkan persada muzik tanahair. Terbaru, GUA berkesempatan bertemu dengan Juara Akademi Fantasia 6 ini di Majlis Pelancaran Mania, di Solaris Dutamas semalam.

“Stacy gembira dapat terlibat dengan rancangan Mania ini. Tentunya peluang berkerja dengan 3 penerbit muzik yang mempunyai nama besar dalm industri muzik serantau menjadi impian saya dan juga artis-artis lain. Selain itu, Stacy memang gembira dan teruja kerana Stacy memang suka buat persembahan pentas”, ujar pelantun Kisah Dongeng ini.

Stacy yang kelihatan sedikit pucat hari itu turut menjelaskan yang keadaan kesihatan beliau tidak berapa baik. Stacy memberitahu sakit tekak yang dialaminya sudah berlarutan agak lama dan beliau akan berjumpa dengan pakar untuk rawatan.

“Saya memang tak berapa sihat. Mungkin sebab banyak ‘travel’ untuk persembahan dan sebagainya. Ini pun saya baru pulang dari Kota Kinabalu dan Kuching untuk ‘show’ di sana. Bagi peminat di luar sana yang tidak henti-henti menyokong Stacy, saya ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua”, jelas Stacy.

GUA doakan kesihatan Stacy bertambah baik. GUA yakin tentu peminat Stacy sedang bertungkus lumus mengundi Stacy yang tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dalam kategori penyanyi wanita popular. Selepas ini, saksikan kemunculan Stacy dalam rancangan realiti terbaru Mania, bermula 17 Mac ini di saluran Astro Ria, sebuah evolusi rancangan hiburan tanahair!

credit: Gua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...