Wednesday, November 12, 2014

Harian Metro: "Memang saya sakit hati" Stacy


Stacy terkilan dihentam penulis lagu "Cindai"

Penyanyi popular Stacy terkilan apabila dihentam oleh penulis lirik lagu "Cindai", Hairul tanpa usul periksa terlebih dahulu persembahannya pada malam Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014), Jumaat lalu.

"Kalau diikutkan memang sakit hati juga saya dibuatnya sebab dia hentam tanpa tahu cerita sebenar, tetapi tak apalah yang penting saya ikhlas buat persembahan itu.

"Masalahnya mereka tak faham persembahan itu dibuat atas permintaan TV3 untuk bawakan satu konsep persembahan yang berbeza dan baru.

"Bukan mereka nak suruh saya jadi penyanyi Irama Malaysia macam penyanyi asalnya Datuk Siti Nurhaliza," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Stacy lagi, dia tidak kisah jika Hairul memaki atau keluarkan kata kesat mempertikaikan kualitinya, tetapi menuduh dia mempermainkan lagu tersebut adalah tuduhan yang melampau.

Terdahulu, kontroversi ini timbul selepas penulis lirik lagu "Cindai" itu telah memuat naik status menghentam persembahan Stacy dengan kata-kata kesat di laman sosial Facebook miliknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...