Thursday, November 13, 2014

TV9 Promo - Pop Krew Tayangan Perdana 14 & 15 November 8.30malam



Satu lagi program realiti mencari bakat menyanyi dan menari Pop Krew bakal menghiburkan penonton bermula 14 November ini, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9.

Sesi uji bakat di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya menemui 36 remaja berpotensi dalam kedua-dua bidang itu.

Semua peserta terpilih berusia di antara 15 hing­ga 19 tahun dan memiliki kebolehan me­nyanyi, menari serta berperwatakan menarik.

Hadiah lumayan bakal menanti juara Pop Krew iaitu wang tunai RM50,000 beserta kontrak selama setahun de­ngan 8 Unit dan Monkey Bone.

Pengurus Besar TV9, Zurina Othman berkata, walaupun Pop Krew ha­nya menjelajah ke tiga lokasi, pihaknya berpuas hati kerana peserta yang hadir berkualiti.

"Penerbit dan juri sukar membuat pilihan kerana kebanyakan mereka berbakat. Kejayaan peserta bukan saja terletak pada nya­nyian malah kemahiran mereka dalam tarian dan bermain alat muzik juga diambil kira," kata­nya.

Menurut­nya, 45 pe­serta dipilih dari tiga lokasi berkenaan sebelum di­se­narai pen­­dekkan kepada 36 orang.

"Sebelum itu, pe­serta dikehendaki menghadiri bengkel yang mendedahkan mereka dengan lebih mendalam mengenai teknik nyanyian dan tarian.

"Seterusnya, mereka dinilai dengan lebih terperinci sama ada layak mara ke peringkat final," kata­nya pada Majlis Pelancaran Pop Krew, di sini, kelmarin.

Zurina berkata, dua jurulatih berpengalaman iaitu penyanyi terkenal Stacy dan Tomok dilantik untuk menggilap nya­nyian serta tarian 36 peserta berkenaan.

"Kedua-dua penya­nyi ini akan memastikan peserta tampil dengan per­sembahan mantap di pentas konsert mingguan Pop Krew," katanya.

Dalam pada itu, juri akan memilih 24 peserta terbaik pada minggu kedua konsert Pop Krew. Seterusnya, peserta akan dibahagi kepada beberapa kumpulan oleh Stacy dan Tomok.

Sementara itu, juri tetap yang akan mengadili setiap persembahan peserta digalas Edry Abdul Halim dan Altimet.

Manakala Fuzzwayne serta Dennis Yin akan bertindak sebagai kareografer.

Penggubah muzik terkenal, AG Coco pula dilantik sebagai pengarah muzik.

Program itu turut menampilkan Nana Mazahan bersama penyampai radio Hot FM, Deen selaku pe­ngacara.

Sementara itu, program Pop Krew diha­ngatkan lagi dengan stesen radio Hot FM sebagai Geng Radio yang turut membantu memperkenalkan semua peserta kepada umum pada setiap minggu.

Stesen radio itu akan mengadakan sesi temu bual mingguan selain pelbagai aktiviti menarik selama sejam dalam segmen Hot FM Zon pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Maklumat terkini me­ngenai Pop Krew boleh didapati dengan melayari laman web www.tv9.com.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...