Sunday, November 2, 2014

Rumah Dilanda Banjir, Stacy Habiskan RM10,000



PETALING JAYA: Penyanyi Stacy terpaksa menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli barangan rumah keluarganya di Penampang, Sabah yang hampir-hampir musnah akibat banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 24, berkata, banyak kelengkapan rumah seperti sofa, peti ais, barangan elektrik dan beberapa almari rosak teruk dan hanya bahagian di tingkat atas sahaja yang tidak terjejas akibat bencana tersebut.

"Selepas bapa saya memberitahu rumah kami dilanda banjir, risau dibuatnya. Yelah, rumah kami berhampiran dengan sungai dan air boleh naik begitu cepat jika hujan tak berhenti. Habis barang rumah rosak. Saya perlu mengeluarkan belanja kira-kira lebih RM10,000 untuk memperbaiki semula rumah itu," katanya.

Tambah Stacy, agar kejadian tersebut tidak berulang lagi, dia merancang mengambil langkah berjaga-jaga dengan membina tembok di bahagian belakang rumahnya itu.

"Keluarga memang tidak mahu pindah, kerana itu adalah tempat kami dari dulu lagi dan saya pun telah dibesarkan di situ. Kerana itu kami harus memikirkan sesuatu agar kejadian sama tidak berulang lagi," ujarnya.


Sementara itu, mengenai perkembangan karier, Stacy menyifatkan namanya semakin kukuh ditambah pula dengan sokongan yang diterima daripada peminat-peminatnya.

Kata Stacy, walaupun sudah lima tahun dalam industri, dia bersyukur kerana masih lagi diterima ramai tanpa dikaitkan dengan sebarang gosip panas. Sejak dari dulu lagi, seboleh-bolehnya saya cuba elak daripada gosip-gosip panas.

"Mungkin juga kerana saya kurang melepak, membuatkan saya tidak terdedah dengan cerita-cerita buruk. Dan tidak sangka sehingga kini saya masih diterima industri hiburan tanah air," katanya.

Dalam perkembangan lain, Stacy bakal muncul sebagai tenaga pengajar bagi program Pop Krew bersama penyanyi  Tomok yang akan bersiaran pada 14 November ini setiap Sabtu pukul, 8.30 malam di TV9.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...