Tuesday, January 10, 2012

Review: Konsert Reunion AF 2011

Konsert AF terakhir, seperti mana yang dikatakan oleh Pak Nil. Perasaan bercampur2 sedih pon ada. ye laaa AF kira salah satu program realiti yang paling sukses kat Malaysia. Lebih daripada 100 pelajar 'bintang' yang telah dilahirkan menerusi program ini yang bertujuan untuk mendorong mereka untuk 'Menuju Puncak'

psst2: Ini adalah review / pandangan peribadi dari OMOT so kalau ada yang tak setuju tu 'ada ku kesah' ? ehehe.. xdelahh ni cuma pandangan saje k.

Pembukaan:
Aznil menyanyikan lagu Sinaran yang pernah dipopularkan oleh Dato Sheila Majid 'Ratu Jazz' Malaysia. Agaknya ada lagu yang lebih sesuai kot.


Anugerah Rock Wanita Terbaik
Hos: Azizi AF1 & Zizie AF7 (Fabulous Cat)


Mereka mendendangkan lagu2 medley dari Ratu Rock Malaysia iaitu ELLA.

Nadia AF6 / Rina AF6 - Permata Pemotong Permata
- Dorang menyanyikan lagu ni sangat best tanpa meniru penyanyi asal, stail dan stage performance yang tersendiri.

Nija AF1 / Anum AF8 - Permata Biru
- Lagu ni pernah didendangkan oleh Anum sewaktu Konsert AF8 dulu. Nampak dorang seperti memaksa untuk mengeluarkan 'suara rock' dan nampak tak selesa. Nija dulu nampak lebih 'rock' Ada ketika pitching seakan flat / sumbang. tak tau la mungkin telinga OMOT yang dengar melalui headphone BEATS ni yang tak betul kot.

Nija / Anum / Nadia / Rina - Kesal
- Lagu ni yang paling best berbanding dua persembahan dorang yang lain. Walaupun ada nampak sikit yang masing2 nak over shadow masing. ehehe.. but then GOOD EFFORT!

Dimenangi oleh: ANUM AF8
OMOT predict NADIA AF6 akan menang Anugerah ni namun juri2 telah memilih ANUM. Mungkin ada sebab kot. OMOT tak tau. ;)


Anugerah Rock Lelaki Terbaik
Hos: Ati AF1 & Dekna AF5


Lagu-lagu rock medley dari kumpulan Wings.

Qhaud AF7 / Afif AF9 / Hazama AF9 / Azri AF9 - Sejati
Mereka menyanyikan dengan lebih baik! Rambut Qhaud yang paling menonjol. Hazama nyanyi macam biasa je. Azri pulak seakan terseksa. Ntah kenapa.

Qhaud AF7 / Hazama Af9 - Opera Hidup
Hazama nampak lebih bertenaga dan tidak terseksa. Disebabkan vocal range Hazama tinggi. Manakala Qhaud plak bersungguh-sungguh untuk memberi persembahan yang terbaik.


Afif AF9 / Azri AF9 - Hukum Karma
Azri macam lari beat sikit atau tu memang stail dan memang nampak sangat nyanyi secara paksa. Afif pula nyanyi biasa je.

Dimenangi oleh: Hazama AF9
Prediction OMOT memang Hazama dan lebih layak. Kalau bukan Hazama pon OMOT rasa Qhaud yang akan menang. ;)



Anugerah Irama Malaysia Terbaik
Hos: Salimah AF4 & AF8


Bob AF2 - Pantun Budi
Bob adalah antara pelajar favorit OMOT sewaktu AF2. Vokal Bob sangat best untuk menyanyikan apa genre lagu pun selain hiphop. ;) Seperti biasa Bob nampak lebih 'besar' namun tahap konfiden Bob tetap tinggi.

Farhan AF4 - Sayang Disayang
Sayang..memang sayang, Farhan merupakan antara pelajar yang mempunyai jenis suara yang tersendiri. OMOT teringat sewaktu Farhan menyanyikan lagu blues tu.. fuhh memang best. Tapi lagu Sayang Disayang ni macam tak berapa sesuai untuk dipertandingkan.

Raqib AF9 - Joget Renung-renung
Serius OMOT tak tau pasal pelajar ni.. Ohohoh.... AF9? Hmmmm sori2 xkenal dowh... tapi.. nape sekejap je nyanyi? Tapi boleh nyanyi lagu irama Malaysia. Tahap lulus.

Haziq AF4 - (apa tajuk lagunya eh)
Hazip kalau boleh dipanggil pelajar paling hebat menyanyikan lagu irama Malaysia. Memang makan beliau.

Dimenangi oleh: Bob AF2
Prediction memang BOB dia memang layak dan sesuai. Selain Bob, Haziq turut layak. Sokonglah lagu Irama Malaysia!


Anugerah Komedi Terbaik (Anugerah yang tak patut pon wujud)
Hos: Azza AF1 & Reza AF3


Syawal AF 5 - Cinta Tak Keruan
Ni lawak! Syawal memang lawak ditambah dengan backup singer oleh Zahid dan Hazama. Apa cer Syawal ngan Noni sekarang eh?

Daud AF8 - Cari Jodoh
Nape ekk dia tak menari cam konsert AF dulu? yang tu best. kali ni Daud just nyanyi dan lompat kebawah pentas je. But then Daud memang sporting. Produk KRU.

Faizal AF4 - Watimang Landak
ehehhe... walaupun dah lama menyepi namun cara nyanyian Faizal totap lawok cam dulu. ;)

Zahid AF2 - Cek Mek Molek
ni kira kezuuuttann cos Zahid nyanyi dari tempat duduk. Zahid nampak lebih besor dari biasa. Gelekkan tu paling tak tahan. Siap sengol2an lagi. ohohohoh tidak!

Dimenangi oleh: Faizal AF4
OMOT rasa Zahid lebih sesuai kot. Korang?


Anugerah Balada Wanita Terbaik
Hos: Aida AF9 (tak kenal jugeeekk) & Noni AF5


Rosma AF1 - Seindah Biasa
woooww first thing yang OMOT nampak, body Rosma meleerrttttssss... pandai Khai jaga Rosma walaupun dah ada anak 1. Pitching tak lari, nyanyi ok. tapi OMOT rasa biasa2 je.

Mila AF5 - Biarlah Rahsia
Wooowwww!!!! OMOT memang terkejut!!! Mila menyanyikan lagu ni dengan stail tersendiri xde langung macam Dato Siti Nurhaliza. Mila improved a lot!!! A LOT!!!!! Ni merupakan persembahan terbaik pada malam tuh!! Memang terbaik. OMOT suka. Note tinggi pon Mila lepas memang dari segi vokal dan penghayatan Mila adalah yang terbaik! Korang patut tengok dan Mila patut buat comeback dan kejutkan industri seni Malaysia! Thumbs up! 5 Bintang!

Isma AF7 - Bukan Cinta Biasa
Isma macam sakit jer. Suara macam tak keluar habis. Suara Isma besar dan lontaran patut lebih kot. (ehhh). Biasa2 je. ada note yang macam sampai tak sampai.

Adira AF8 - Jerat Percintaan
Kawalan vokal Adira mantap dan nampak peningkatan yang ketara. Dengan vocal range yang tinggi, rasanya Adira boleh buat lebih baik.

Fina AF9 - Purnama Merindu
Hmmmm nak komen apa eh? Rasanya macam over plak Fina ni. Nyanyi selalu lambat masuk. Adooiii ke memang sengaja nak buat stail2. tak tau la tapi tak best. i'll pass!

Dimenangi oleh: Mila AF5
Layak selayak-layaknya. Mila! I'm in love with you!


Anugerah Balada Lelaki Terbaik
Hos: Alif AF6 & Aisha AF7


Khai AF1 / Akim AF7 - Derita Cinta
Akim napa nampak tak kemas? Frust ke dah putus dengan Stacy? Hmmmm no komen. BTW Khai dan Akim nyanyi biasa jer. Suara Khai dah lain dah... hummmpppss..

Shahir AF8 / Mawi AF3 - Kekasih Awal dan Akhir
Shahir banyaknya peminat! dan bukak braces ke? ooommmm patutla.. ehehe.. dua2 nyanyi best. Mawi pon dan tak poyo cam dulu. (yeke poyo?)

Dimenangi oleh: Mawi AF3
Yang ni OMOT tak tau nak kata apa sebab dorang semua nyanyi ok. Eventhough xde yang outstanding sangat tapi semua nyanyi OK. Mawi menang? ok kot.


Anugerah Dangdut Terbaik
Hos: Askrul & Saida AF6


Akma AF3- Selamat Jalan Romeo
Satu perubahan yang terjadi kepada Akma. Beliau dah bertudung! Good..good... ;) namun nyanyian tetap mantooppp. Cuma tak sesuai sikit kot pakaian Akma tu. Tudung + Baju Pengantin ??? Errkkk..

Lufya AF6 - Kopi Dangdut
Vokal Lufya banyak shaky2 dan berketar2.. Nasib baik kali takde sindrom Lufyanisme. eh korang tau apa tu? ehehe dulu Lufya asal pepom kain dengan lengan tu basah. humm cian..

Aswad AF5 - Yang Sedang-sedang Saja
Adooiiii kongkang memang kongkang.. dah la tarian tak pass apa lagi dangdut? Adooii suara pun tenggelam timbul.

Zarina AF2 - Goyang Inul
Raddaaanngg panas!!!! Suara-suara seksi Zarina memang terbaikk yuuuukkkk!!! Gelek pon tak terlebih. Tapi memang tak leh duduk diam tengok Zarina ni perform.

Dimenangi oleh: Zarina AF2
Layak... dan selayak-layaknya!


Anugerah Duet Terbaik
Hos: Ain AF8 & Maulana AF8


Nera AF9 / Azri AF9 - Hanya Memuji
Dorang nyanyi tak synch! Suara Nera seakan-akan tenggelam. Suara Azri plak tak strong. takde harmonizing. huhuh sedih dooohh OMOT minat sangat kat NERA.

Hafiz AF7 / Adira AF7 - Ombak Rindu
Wooott...wooott OMOT suka sangat lagu ni. Persembahan dorang mantap. kawalan vokal pun baik. Tapi macam sesuatu jer dorang ni. Gaduh ke apa? Tuhan Tolong Aku Banyak Dosaku....... wuuhhuuuu.. suke..suke...... ;)

Mawi AF3 / Dato M. Nasir - Lagu Jiwa Lagu Cinta
Hmmmmm dorang nyanyi pon best. tapi M. Nasir? Hmmm dia bukan pelajar kan? tapi... xtau la dah nama kezutaaaann kan. ehehehe..

Dimenangi oleh: Mawi AF3 / Dato M. Nasir
OMOT rasa la kan.... Hafiz dan Adira lebih sesuai kott.... they were such a sweet couple.

Masa break ni juara AF9 Hazama mendendangkan lagu terbaru duet bersama Amy Search. Tajuk lagu Simetri. pastu ada plak sesi tarian antara pelajar2 kongkang ehehe iaitu Mawi, Shahir dan Aswad. ololololo...


Anugerah Tari Terbaik
Hos: Dafi AF5 & Ika AF6


Erul AF9 - Legasi Cleopatra
Music beat dah best nyanyi pon ok. tapi ni kan anugerah tari, tarian tak cukuplah Erul. But then good effort dan teruskan genre ni bak kata cikgu E'e. ;)

Eka AF9 - Run The World
Wowwww OMOT suka gak persembahan ni tapi macam ada kena potong2 la.. potong stim betul. Nampak Eka lebihkan kepada tarian daripada nyanyian. OMOT ok jer... tarian pon mantap.

Stacy AF6 - Kasanova
Seperti biasa Stacy yang dikenali sebagai Ratu Tari Malaysia 'Malaysia Dancing Queen' memang membuat persembahan terbaik. Stacy tunjukkan yang terbaik kepada junior2 dia.

Dimenangi oleh: Stacy AF6
As i predicted Stacy memang akan menang anugerah ni. Saingan terdekat Stacy boleh dikatakan Eka. Bak kata Cikgu E'e Stacy adalah pencetus tarian kat Akademi Fantasia dan diharap pada masa akan datang ramai yang akan mengikut jejak langkah Stacy seperti Erul dan Eka. Keep it up!


Keseluruhan:
-Astro please la camera angle tu bagi improve sikit.
-Kalau dah tak cukup masa, bagi la konsert ni kepada 2 bahagian. takyah nak potong2 part persembahan dorang. contohnya Nera dan Azri tu macam tak sampai 15saat pon.
-pada masa akan datang buat lagi k konsert reunion.

Overall i like this concert!

3 comments:

  1. ni pendapat saya la...
    rasa xpuas hati la... bahagian stacy nye performance bnkn skit tp bnyk yang kene potong.. rasa nye sbb stacy la baru orang nak tgk... bahagian mawi syahir n aswad xtnjuk pon xpee..

    ReplyDelete
  2. OMOT pun rasa tak berapa nak puas hati tgk kat Astro. sib baik ada fan cam. ;)

    ReplyDelete
  3. Hish....x puas hati lar..naper pihak astro potong2 part eka dan stacy....bg jer la full...nk dgr sgt2...pls..
    pihak astro..do something...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...