Monday, January 9, 2012

Siapa Dia : Lee Min Ho


Siapa dia? Lee Min Ho (Korea: 이민호) ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang amat dikenali dengan watak utamanya sebagai ketua F4, Goo Joon Pyo, dalam drama adaptasi Korea siri komik popular Jepun, Hana Yori Dango, yang berjudul Boys Over Flowers, pada tahun 2009.



Profail

* Nama: Lee Min-Ho
* Hangul: 이민호
* Profession: Actor
* Tarikh Lahir: June 22, 1987
* Tempat Lahir: South Korea
* Ketinggian: 187 cm.
* Bintang: Cancer
* Darah Jenis: A

Amboi sampai darah berjenis apa pon orang nak tau ke? klu dah jadik Hallyu (Artis Korea yang terkenal) memang sampai semua aspek pon peminat nak tau. kot2 bila dia gunting rambut pun peminat teruja nak tahu. ehehe..



Lakonan Lee Min Ho yang pertama adalah menerusi drama Love Hymns (2005) dan yang terbaru adalah drama bersiri 12 episode iaitu City Hunter (Kalau ada permintaan, OMOT try cari download torrent dia k).

Drama TV

- Boys Over Flowers (2009)
- But I don't know too (2008)
- I Am Sam (2008)
- Mackerel Run (2007)
- Secret Campus (2006)
- Love Hymn (2006)


Trivia Lee Min Ho

1. Lee Min Ho suka ciri2 wanita yang suci dan baik hati.
2. Lee Min Ho berkawan baik dengan Bo- Yeong Park seorang pelakon wanita (Dorang pernah berlakon bersama pada tahun 2006 dalam drama "Secret Campus" dan tahun 2008 "Our English Teacher").
3. Saat yang paling menakutkan beliau adalah ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu berusia 20 tahun. Beliau ditahan di hospital selama 6 bulan!
4. Pelakon kegemaran beliau ialah Leonardo DiCaprio, Sol Kyung-Gu, dan Kim Soo Roo.



So kalau ada antara korang yang merupakan kipas-susah-mati beliau jangan lupa nak masuk laman web rasmi Lee Min Ho ni kat www.leeminho.kr/ ok?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...