Tuesday, January 24, 2012

Stacy jaja kontroversi ker ? - Mangga


Panjangnya isu Stacy batalkan sesi fotografi dengan sebuah majalah tu.

Selepas muncul dalam akhbar mingguan dan harian, Stacy turut mengulasnya dalam program Melodi di TV3.

Kepada pihak media Stacy kata dia terpaksa batalkan fotografi pada saat akhir sebab sakit.

Nak buat macam mana kalau dah sakit kan? Tak tahulah alasan semata-mata atau dia benar- benar sakit.

Mangga Muda nampak cara Stacy menangani isu itu tak betul. Pasal apa Mangga Muda kata gitu?

Stacy ada janji dengan wartawan tu untuk memenuhi permintaan buat fotografi bila dia dah ada masa.

Tapi yang buatkan Mangga Muda rasa pelik tu, bila isu itu dibangkitkan, pandai pula pihak pengurusan dia cari wartawan dan aturkan sesi fotografi.

Tapi bukan dengan wartawan yang dia buat hal sebanyak tiga kali tu,tapi dengan media lain yang mulakan gosip pasal disiplin dia. Boleh macam tu?

Pada Mangga Muda, Stacy patut selesaikan urusan dengan wartawan pertama tadi kalau benarlah dia masih mahu dimuatkan dalam majalah tempat wartawan tu bertugas. Tak tahulah pulak kalau dia memang tak mahu lagi muncul dalam majalah tu dengan mencipta beribu alasan.

Hanya Stacy yang tahu apa dalam hatinya. Setahu Mangga Muda pihak Stacy belum lagi mengotakan janji untuk mengaturkan semula sesi yang dah tiga kali tertangguh tu. Apa kes ni?

Mangga Muda: Masak dah dengan kerenah artis lupa diri dalam industri hiburan ni.

- Susah la nak cakap camni.... asal artis x ikut telunjuk dorang neeeeehhh pastu nak tulis artis lupa diri la.... besar kepala... berlagak diva.... Mangga oh mangga... sudah2 la majalah playboy korang ni..... muak dah tengok.... ish2.. tobat laa weeeiii..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...