Tuesday, January 24, 2012

Stacy - Terkilan dituduh Diva! - ERA Fm


Kesian jugak bila sesetengah artis dituduh diva walaupun hakikatnya dia tidaklah bersikap sedemikian rupa. Itulah yang terjadi pada Stacy apabila dikatakan suka menimbulkan masalah pada setiap temujanji serta tidak hadir jika terlibat dengan sesi fotografi yang telah dijanjikan. Malah ada juga sesetengah pihak melabelkan artis serba boleh ini sebagai seorang yang tidak berdisiplin dan mula berlagak diva terutama dengan artis yang lain.

Menjawab persoalan tersebut, Stacy mula memberikan reaksi yang berbeza kepada para media dengan menyatakan dia amat terkilan dengan dakwaan berikut sambil menyifatkan perkara berikut tidak adil pada dirinya kerana tidak diberikan peluang untuk bersuara sebelum dituduh bersikap demikian. Juara Akademi Fantasia 6 itu juga tidak cepat melatah malahan tenang sambil menjelaskan satu persatu segala persoalan yang ditimbulkan.

Stacy juga mengaku pernah terlewat serta pernah membatalkan sesi fotografi yang telah dibuat untuknya adalah kerana akibat masalah kesihatan yang dihadapinya dan bukan kerana suka-suka .Ini kerana, dia mempunyai jadual kerja yang agak padat hingga menyebabkan kadang kala dia sendiri tidak berupaya untuk sentiasa cergas dan sihat. Namun, dia tidak menjadikan perkara tersebut sebagai satu alasan buat dirinya serta segera meminta maaf kepada pihak yang terlibat dan berjanji akan lebih menghormati temu janji yang telah diberikan kepadanya.

Anak kelahiran Penampang Sabah, ini juga beberapa kali menegaskan dakwaan mengenai dirinya seorang diva adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana bagi seorang pendatang baru didalam industri nyanyian, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari olehnya terutama daripada penyanyi lama. Jika benar Stacy kelihatan seperti tidak mahu bercampur dengan artis lain, bukan niatnya untuk tidak bergaul rapat dengan rakan-rakan artis yang lain tetapi dia lebih suka menghabiskan masanya bersama dengan keluarga yang tersayang.

Stacy yang kini sedang sibuk untuk mempromosikan single terbaru berjudul Kasanova juga adalah seorang finalis didalam ABPBH 2011 dalam kategori Penyanyi Wanita Popular. Stacy juga menganggap semua kontroversi ini mampu mematangkan dirinya pada masa hadapan. Yelah kalau ada yang tak berpuas hati dengan sesetengah artis lebih elok rasanya bersemuka dan mereka diberikan peluang untuk menjelaskan perkara sebenar agar semua pihak tidak bermasam muka bukan. 

Apapun, manalah tau dengan cerita panas macam ini mampu melonjakkan nama Stacy untuk menewaskan penyanyi wanita popular yang turut dicalonkan dalam ABPBH 2011 seperti Yuna, Alyah, Shila Hamzah dan Najwa Latiff. Selamat berjaya Stacy!

Nota Editor: Sewaktu Stacy jadi artis jemputan Carta ERA 40 dengan Pak Nil tak de pun apa-apa masalah. Korang propa tak? Hiks..

-at least ada gak media yang support Stacy.. yelaaah.. memang hakikatnya tulang belakang artis ni ada peminat, selain dari peminat. artis turut memerlukan media untuk mempromosikan dorang. tapi, dah jelas Stacy meminta maaf kat wartawan tu... nak apa lagi? takkan nak berlutut dan bersujud? tu dah melampau...! kalau nak condemn pun tak payahlah nak keluarkan cerita sampai nak tuduh melulu? manusia ni bukan robot? takde yang sempurna... mesti ada kekurangan, sampai semua media massa wartawan tu nak heboh mende? mentang2 ko bukan artis, boleh la ko nak canang cerita orang lain kan? bayangkan kalau ko ditempat Stacy (memang ko xdpt bygkan, sbb klu ko dpt imagine xmungkin ko nak bising2).. apa ko rasa? alaaa xpayah nak heboh2 mende laaaaa weeii... untunglaaa ko wartawan..-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...