Wednesday, January 11, 2012

Siapa Dia : Stracie Angie Anam

psst2: Sebelum korang nak scroll sampai bawah, PERHATIAN! Ini adalah post yang agak panjang bertujuan untuk pengunjung blog OMOT untuk mengenali lebih dekat siapa STACY.
Sambil tu nak mempromosikan 2012 sebagai 'GOLDEN year 4 STACY ANGIE'

kalau korang malas nak baca post yang panjang sangat ni. ;) kat bawah sekali ni adalah rumusan semua kejayaan dan penglibatan Stacy.



Siapa Dia: Stracie Angie Anam
Oleh: OMOT

Beliau dikenali sebagai Stacy Angie, dilahirkan pada 18 Ogos 1990 dan berasal dari Penampang, Sabah. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak yang keempat.



Bersekolah di Sekolah Menengah (SM) St. Michael Penampang, namun diatas masalah kewangan Stacy terpaksa untuk meninggalkan bangku sekolah dan mula berkerja sebagai penyanyi dan penari bersama abang beliau Camellus De'lelli Anam (Chaq).



Perjalanan seni beliau bermula sewaktu dibangku sekolah dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan diperingkat daerah dan negeri. Beliau mula dikenali sewaktu menyertai sebuah rancangan realiti tv iaitu Gangstarz pada tahun 2006 bersama kumpulan beliau iaitu E-Voke yang dianggotai seramai 5 orang. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tersingkir seminggu sebelum konsert akhir Gangstarz yang dianjurkan oleh TV3.

Setelah itu, Stracie atau lebih popular Stacy tidak berputus-asa dan sekali lagi menyertai program realiti tv anjuran 8tv iaitu One in a Million pada tahun berikutnya. Pada ketika itu Stacy baru berumur 17 tahun. Sekali lagi nasib tidak menyebelahi Stacy apabila terkandas pada peringkat audition.



Namun ibu Stacy (Agnes Kallos) terus memberi Stacy dorongan dan harapan, siapa tahu akan perasaan Stacy sewaktu itu?

Pada tahun 2008, Stacy mencuba satu lagi program realiti tv iaitu Akademi Fantasia 6. Stacy pergi ke audition bersama ibunya dan seorang rakan. Stacy melepasi kesemua peringkat dan beberapa bulan kemudian Stacy dipanggil untuk menyertai AF.

Sewaktu di Akademi Fantasia, Stacy merupakan seorang pelajar yang tekun dan rajin. Bak kata pengetua AF6 Encik Ramli MS "Stacy adalah seorang pelajar yang tekun dan segala apa yang diajar Stacy mengaplikasikanya ke dalam persembahan". Sepanjang berada didalam Akademi Fantasia, Stacy sering menduduki kedudukan 3 teratas. Antara lagu yang pernah beliau nyanyikan adalah No One, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Rela, Pelesit Kota, Don't Speak dan Hati Malaya. Minggu demi minggu Stacy sentiasa konsisten dan akhirnya layak ke konsert akhir AF6 bersama-sama dengan pelajar lain iaitu Nubhan, Nadia, Toi dan Riz.



Stacy menyanyikan lagu Atas Nama Cinta dendangan asal oleh Rossa dan lagu ciptaan khas untuknya iaitu Aku Stacy. Ramai yang menjangkakan Stacy akan memenangi pertandingan tersebut. Kali ini nasib menyebelahinya dan Stacy dinobatkan sebagai juara AF6 dengan purata undian sebanyak 43% sekaligus menjadikan Stacy sebagai juara AF yang termuda dan yang pertama berasal dari Sabah, selain itu Stacy adalah juara AF wanita kedua selepas Mila Jirin.

Aku Stacy sekali lagi membawa tuah kepada penyanyinya apabila buat julung kalinya lagu tersebut memasuki corong-corang radio dan terus menduduki tempat pertama. Sebagai rekod lagu Aku Stacy adalah antara lagu paling lama bertahan didalam carta (lebih daripada 60minggu - lebih kurang 2 tahun!).

Tahun 2008 menyaksikan Stacy telah dinobatkan sebagai ikon remaja Sabah dan dianugerahkan 'Sabah Youth Icon Award' oleh Ketua Menteri Sabah, Dato Seri Panglima Musa Hj. Aman.



Selain itu lagu Aku Stacy layak untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2009. Tahun 2009 tidak berhenti disitu sahaja apabila Stacy memenangi Penyanyi Baru Wanita Popular ABPBH edisi 2009.

Album pertama beliau yang berjudul 'Aku Stacy' telah dilancarkan di Sabah pada Disember 2009. Album tersebut merangkumi lagu-lagu seperti Aku Stacy, Cinta Khayalan, Pakai Buang, Gagap, dan banyak lagi.



Stacy mempertaruhkan lagu Gagap sebagai single kedua dan terus menlonjak ke tangga ke-2 selepas pencalon di Radio. Namun kejayaan lagu Gagap berhenti disitu apabila dikeluarkan daripada Muzik-muzik setelah mendapat bahawa lagu tersebut adalah bukan ciptaan orang Malaysia (komposer lagu Gagap adalah orang Singapura. Kieran Kuek). Namun Stacy sempat mempersembahkan lagu tersebut sebagai opening untuk sehati berdansa dan Anugerah Juara Lagu.



Pada penghujung 2009, Stacy mengeluarkan single ke 3 daripada album 'Aku Stacy' iaitu Pakai Buang dan pertama kali dipertontonkan dikaca televisyen semasa konsert akhir AF7 dengan medley lagu Gagap. Pakai Buang membawa Stacy sehingga layak ke peringkat akhir AJL buat kali yang kedua dan pada ketika itu Stacy dinobatkan sebagai artis paling popular (undian).

Buat pertama kalinya Stacy tercalon untuk 2 kategori untuk Anugerah Planet Muzik yang dilangsungkan di Jakarta iaitu Artis Malaysia Terbaik dan Artis Baru Wanita Terbaik. Namun gagal untuk membawa sebarang trofi. Stacy turut membuat persembahan di Jakarta Convention Centre dengan lagu Gagap. Dikatakan untuk anugerah Artis Malaysia Terbaik, Stacy hanya kalah 1% kepada pemenangnya iaitu Siti Nurhaliza.



Namun berbeza pula ditanah air dimana sewaktu itu Stacy turut tercalon untuk Shout Award! dalam kategori Pop Star Award dimana Stacy dan Siti turut tercalon dan Stacy memenangi anugerah tersebut.

Tahun 2009 tidak berhenti disitu sahaja, dalam pada kesibukkan beliau pada tahun tersebut Stacy tercalon untuk Anugerah Industri Muzik dalam katagori Album Pop Terbaik. Selain itu Stacy turut dianugerahkan 'JCI The Outstanding Young Person In Sabah' dalam kategori kebudayaan dan artistik.



Video klip Pakai Buang dan Menggegar Dunia ditayangkan pada tahun 2010 dan kedua-dua lagu tersebut layak ke pertandingan GAH 1 Akhir. Sekali lagi Stacy gagal untuk membawa sebarang kemenangan.



Menjengah tahun 2010, lagu JAHAT menyusul dan sepanjang tahun 2010, banyak kejayaan yang Stacy kecapi antaranya adalah membuat penampilan hatrik (3 kali berturut-turut) ke pentas akhir AJL dengan lagu Jahat. Selain itu Stacy dinobatkan sebagai Anugerah Artis Paling Kiut oleh HipTV Awards.



Pada tahun 2011, Stacy memenangi Anugerah Artis Wanita Online Paling Digemari oleh Digi WWWOW Awards. Selain daripada itu, Stacy sudah mempunyai 25 buah lagu hasil daripada 2 album beliau dan lagu runut bunyi.

Itu adalah sepanjang penglibatan Stacy bergelar anak seni dari tahun 2006-2010. Kat bawah ni adalah rumusan segala penglibatan dan kejayaan yang Stacy kecapi.



2008
1. Akademi Fantasia Season 6 - Champion *1
2. Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Most Popular New Female Artiste (Won)
3. Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Most Popular Female Artiste (Nominated)
4. Sabah Ministry Youth & Sports - Sabah Youth Icon Award (Won)
5. Murai.com.my - 10 Most Outstanding Newcomers (Won)
6. Anugerah Juara Lagu 23 - Pop Rock (Finalist - Aku Stacy)

2009
7. Anugerah Planet Muzik - Best New Female Artist (Nominated)
8. Anugerah Planet Muzik - Most Popular Malaysian Artist (Nominated)*2
9. Shout! Awards - Popstar Award (Won)
10. JCI The Outstanding Young Persons of Sabah - Cultural and Artistic Achievement (Won)
11. Anugerah Juara Lagu 24 - Pop Rock (Finalist - Pakai Buang)
12. Anugerah Juara Lagu 24 - Hotlink People's Choice Award (Pakai Buang - Won)
13. Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Most Popular Female Singer (Nominated)

2010
14. HipTV Awards - Cutest Artist (Won)
15. Anugerah Industri Muzik 17 - Best Pop Album (Aku Stacy - Nominated)
16. Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Most Popular Female Singer (Nominated)
17. Anugerah Juara Lagu 25 - Pop Rock (Finalist - Jahat)

2011
17. Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Most Popular Female Singer (Nominated)
18. DiGi WWWOW Awards - Fave Malaysian Female Online Celebrity (Won)

SINGLE
1. Aku Stacy
2. Gagap
3. Pakai Buang
4. Cinta Khayalan
5. Cinta Yang Ku Duga
6. Cerah
7. Jahat
8. Kisah Kita (OST - Drama bersiri K.I.S.A.H)
9. Menggegar Dunia (OST - duet with Adam AF)
10. Primadona (OST - My Spy)
11. Kata Kau (OST - Program Kata KAu)
12. Indera (duet with Nubhan Af )
13. Rasa - Rasa cinta
14. Jahatnya Cinta (duet with Akim AF)
15. Kisah Dongeng
16. Kapsul
17. Lihatlah dunia (OST - DOTTIE)
18. Raya datang Lagi
19. Bunga api di hati ( duet with Leya, Shila & Fara Fauzana HOT FM )
20. Kasanova
21. Lalai
22. Bosan
23. Gempur
24. Cemburu

FILEM / DRAMA / RANCANGAN TV
1. Aku Stacy (2008)
2. Fantasia @ Gold Coast, Australia (2008)
3. Drama Ada Cinta Di Hari Raya (watak utama - 2008)
4. Drama Kau dan Aku (Cameo - 2009)
5. Drama Radio Rendang Tok Wan (2009)
6. Drama Habeebi Mawi Aidilfitri (watak utama - 2009)
7. Anda Ada 60 Saat (Celebrity Guest - 2010)
8. Tom Tom Bak (Special Guest - 2010)
9. Akademi Fantasia season 9 Diary (Special Guest - 2011)

ALBUM
1. The Best Of Stacy "Alamak Terlebih Sudah"(2008)
2. Aku Stacy (2009)
3. ERA Hitz (2010)
4. Stay-C (2011)

VIDEOKLIP
1. Aku Stacy (2008)
2. Pakai Buang (2009)
3. Jahat (2010)
4. Kisah Dongeng (2010)
5. Menggegar Dunia (2010)
6. Jahatnya Cinta (2011)
6. Kasanova (2011)

DUTA PRODUK
1. Intimate
2. Teh BOH
3. Canon
4. Power Root
5. Clinelle
6. Cornetto
7. Silky Girl

RUJUKAN
*1 - Winning 43% Votes during final concerts through SMS and Phone line.
*2 - Stacy lose 1% behind Dato Siti Nurhaliza for this category.



Bagaimana pula dengan tahun 2012? Adakah kejayaan Stacy akan bertambah? Mampukah Stacy memenangi Artis Wanita Popular ABPBH buat julung kalinya? Jom gempur!

sekian,

OMOT.

psst2: kalau ada salah info tolong bagitau OMOT yer.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...