Monday, March 26, 2012

"Ambil Anak Angkat Bukan Sebab Taknak Kahwin" - Stacy



Susulan tersebarnya gambar mesra Stacy bersama seorang bayi comel di blog hiburan, MH Online mendapatkan kenyataan rasmi daripada si gadis lincah ini.

"Betul, dia adalah anak angkat yang saya jaga sejak lahir lagi. Saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi memberi kepercayaan untuk saya menjaga anaknya. Mungkin kali ini rezeki saya kerana tidak perlu menunggu lama seperti orang lain untuk mendapatkan anak angkat.

"Dengan kehadiran anak angkat ini bukan bermakna saya tidak mahu kahwin. Mana tahu, saya lambat berkahwin, sekurang-kurangnya saya ada teman bila di rumah dan tidaklah saya rasa sunyi," ujar Stacy yang kini dalam proses menyiapkan dokumen anak angkatnya itu.

Ditanya tidakkah dia kekok dalam menjaga dan menguruskan bayi kecil dalam usia muda, jawabnya;

"Sebelum ini pun semasa di kampung saya pernah menjadi 'babysitter'. Jadi tidak ada istilah kekok atau janggal. Saya dah biasa, tambahan pula saya mempunyai anak buah yang ramai."

Bayi yang dilahirkan pada 14 Februari 2012 lalu diberi nama Bella Valentina.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...